Total Pageviews

Wednesday, November 23, 2011

ASAP TEAR GAS MASUK KE HOSPITAL - HIMPUNAN BERSIH YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB



Klik di sini untuk petikan berita Malaysiakini

Inilah dia perangai manusia yang tidak mengenang budi. Manusia yang lupa daratan. Manusia yang umpama seperti beruk di beri makan. Makanan diambil manakala tangan kita pula mahu digigitnya. Umpama ayam dalam kepok padi masih juga mengadu kononnya lapar. Juga seumpama itik yang sedang berenang dalam kolam mangadu dahaga air. Bila dicabar oleh polis tahu pula mengaku yang Malaysia lebih baik dari Singapura dan tak mahu berhijrah ke sana. Jadi sebenarnya apa yang dia hendak?. Melainkan nak lucutkan kekuasaan Melayu di Tanah Melayu ini dan berikan kepada mereka supaya menjadi seperti Singapura. Begitu?.

Nampak sangat pembohongnya. Kononnya polis telah menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital. Gambar menunjukkan polis hanya sembur air ke dalam tempat letak kereta dimana mereka (penunjuk perasaan) melarikan diri dan berlindung. Yang masuk ke kawasan hospital adalah kepulan asap gas pemedih mata yang ditembak polis di luar kawasan hospital. Dalam situasi sedemikian, apakah ada manusia dapat menahan asap tersebut dari bertebaran?. Polis hanya bertindak agar tidak berlaku insiden yang lebih merbahaya dan mengancam nyawa manusia.

Peserta Bersih hanya tahu menunding jari ke atas kesalahan orang. Apakah berperi kemanusiaan perbuatan mereka melarikan diri dan berlindung ke tempat orang sakit setelah mereka ingkar arahan polis untuk bersurai?. Apakah perbuatan mereka tidak mengancam nyawa pesakit?. Berkemungkinan mereka akan menggunakan perempuan mengandung dan bayi baru lahir sebagai perisai manusia bagi meneruskan perbuatan mereka. Jika ini berlaku, siapa lagi yang akan terpaksa menghadapinya. Tentulah pihak polis. Dan jika berlaku kematian terhadap perempuan mengandung atau bayi baru lahir, maka bertambahlah tuduhan kezaliman ke atas polis.

Jadi janganlah menegak benang basah. Perhimpunan itu perhimpuna haram. Kerajaan arahkan mereka buat di Stadium Shah Alam mereka menolak. Mereka tahu dilokasi tempat mereka mahu laksanakan perhimpunan adalah tempat menjadi tumpuan ramai. Mereka sengaja merancangnya. Sudah tentu mereka berniat jahat untuk menggunakan tempat sensitif (hospital maternity jalan Pudu) sebagai perisai. Mereka sudah tahu polis akan bertindak menyuraikan mereka. Mereka ini tergolong dalam kelas manusia yang tidak berhati perut, ganas dan sanggup menggadaikan nyawa manusia yang tidak bersalah demi untuk kepentingan politik kotor mereka.

Aku berharap SUHAKAM bertindak bijak dalam hal ini. Niat dan tujuan Bersih sejak dari awal lagi adalah membuat perancangan agar pihak polis (kerajaan) terperangkap. Mereka mahu mewujudkan satu suasana yang kononnya polis (kerajaan) kerajaan zalim. Tetapi sebenarnya merekalah yang zalim. Mereka zalim kepada orang Melayu dan agama Islam.

Kerana mereka ada wang, mereka mempermainkan orang Melayu supaya berpecah sesama sendiri. Bila Melayu berpecah, kuasa dan undi orang melayu menjadi kecil. Disanalah nanti bermulanya episod Melayu hilang kuasa di bumi Melayu.

No comments: