Total Pageviews

Sunday, September 4, 2011

PAS SASAR 60 KERUSI SAHAJA TAPI BERCITA-CITA MEMERINTAH NEGARA

Petikan dari :

http://www.freemalaysiakini.com/?p=6286

PAS sasar 60 kerusi parlimen pada PRU-13

PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini

pas muktamar 130610 abdul hadi awangHarakahdaily memetik beliau berkata, sasaran parti itu adalah untuk merampas sekurang-kurangnya 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

“Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang,” katanya di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu, sempena majlis perjumpaan Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi parlimen,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS berjaya menjadi menteri besar di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak tumbang apabila tiga ADUN Pakatan berpaling tadah dan menyokong BN.

AZLANBagaimanapun di peringkat parlimen, kedudukan PAS sebagai parti terbesar pakatan pembangkang sebelum pilihan raya Mac 2008, berakhir dengan kedudukan tercorot. PKR memboloti kerusi terbanyak iaitu 31 berbanding DAP – 28 dan PAS hanya 23 kerusi.

Namun pengaruh PAS dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh apabila PKR hilang tujuh kerusi apabila ahli parlimen berpaling tadah serta gagal mempertahankan Hulu Selangor pada pilihan raya kecil manakala PAS berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu daripada gengaman BN.

Justeru, pada pilihan raya umum akan datang PAS dan Umno akan berentap untuk mendapatkan sokongan dan undi dari penduduk Melayu dan Islam.

Bagi Abdul Hadi, PAS perlu berusaha lebih keras bagi mendapatkan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

NONE“Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan… saya yakin mereka boleh berubah.

“Perlu ambil masa, sabar… pujuk mereka… perkenalkan Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita,” kata Abdul Hadi yang dipetik Harakahdaily.

PAS TIDAK SEDAR YANG MEREKA SEDANG
MENEBUK LUBANG DI KAPAL MEREKA SENDIRI
YANG AKAN IKUT TENGGELAM ADALAH 
BANGSA MELAYU/ISLAM DI MALAYSIA
******************************************************
ULASAN
Hj Hadi berucap seolah-olah DAP dan kafir tu bodoh sangat dalam siasah politik. Malah dia ingat orang kafir tu bodoh sangat hingga dengan cara tunjuk baik sahaja orang kafir akan masuk Islam atau berjinak dengan Islam.

Mereka (orang kafir) mempunyai cita-cita dan tektik tersendiri. Mereka bukan sebodoh dan sesenang itu  untuk diekploitasikan oleh kita. Majoriti bangsa mereka berpelajaran tinggi dan tidak buta sejarah. Bangsa mereka tidak mendapat berita hanya memalui ceramah politik tetapi mereka mendapat sumber berita dari akhbar, internet dan penganilisis politik. Bangsa mereka tidak boleh digula-gulakan dengan hanya janji syurga neraka sahaja. Bangsa mereka adalah bangsa yang mahu melihat kenyataan didepan mata. Bangsa mereka adalah bangsa kebendaan yang hanya akan menerimanya jika mereka mendapat apa yang dikehendaki pada masa yang nyata.

Bangsa mereka bertamadun lebih dulu dari Islam. Jika tidak, sudah pasti mereka tidak akan servive di malaysia dan di seluruh dunia. Inilah situasi sebenarnya yang sepatutnya orang PAS kena fikir habis-habis. Jangan ingat kita sudah cukup pandai menakluki pemikiran dan siasah mereka.

Dibimbangi bahawa kita sahaja berperasan sudah cukup cerdik dan pandai sedangkan pihak kafir memandang bahawa dengan menggula-gulakan PAS, nampaknya cita-cita mereka untuk menguasai Melayu hampir tercapai. Mereka gunakan kelemahan kita yang terlalu menerima dan sering berperasangka baik untuk kepentingan kerakusan tamak haloba mereka.

Kita lihat sahaja betapa lemahnya percaturan Melayu dalam PAS. Cita-cita nak menubuhkan negara Islam hingga mengkafirkan UMNO yang menjadi tulang belakang Melayu/Islam di negara ini. Tetapi PAS hanya mensasarkan hanya 60 kerusi iaitu hanya lebih sedikit dari 1/4 dari keseluruhan 222 kerusi parlimen. Tujuan PAS adalah merampas 25 kerusi yang memang sudah di pegang oleh UMNO (orang melayu). Jadi apa matlamat PAS sebenarnya?. Sasaran majoriti kerusi untuk memerintah jauh sekali (hanya 60 kerusi sahaja). 

Mudah cakap, nampaknya PAS mahu mensabotaj undi melayu terhadap UMNO dengan menyokong pembangkang bagi memusnahkan kuasa Melayu di bumi Melayu ini. Nampaknya PAS seolah-olah mahu "BERSAMA BERPUTIH MATA" asalkan dapat mejatuhkan UMNO. Biar PAS dan UMNO berkubur asalkan UMNO tidak memerintah. Biarkan kafir mengambil alih kuasa politik dinegara ini. Begitukah kehendak PAS?. Cerdikkah pemimpin parti Islam semacam ini?.

Dalam keadaan dimana kuasa politik Melayu yang berpecah sekarang, nampaknya PAS hanya menolong parti bukan Melayu untuk berkuasa walaupun mereka (bukan melayu) sebenarnya hanya merupakan 1/3 sahaja dari penduduk negara ini. Jika Melayu mahu terus selamat dan berkuasa di negara ini, orang Melayu "mesti dan perlu memenangkan UMNO" dan menolak PAS.

Sekali sahaja parti bukan Melayu dapat memerintah, maka sudah pasti mereka akan menggubal undang-undang yang akan menghapuskan atau menghadkan hak Melayu dan seterusnya akan membuat polisi dimana parti berasaskan Melayu/Islam tidak lagi akan mampu untuk menang di PRU seterusnya. Sepertimana yang mereka telah lakukannya di Singapura. PAS perlu ingat bahawa Islam kuat di negara ini keranan politik orang melayu masih kuat ditangan UMNO. Jika UMNO kalah, PAS akan turut kalah dan syiar Islam turut lemah seperti lemahnya politik Melayu.

Melayu dan Islam di malaysia seperti aur dengan tebing. Jika melayu tidak kuat maka syiar Islam juga ikut lemah dan begitulah sebaliknya. Kita tidak boleh mengharap kafir menerima kita sebegitu sahaja. Mereka juga ada agenda untuk meluaskan skop agama mereka. Lihat sahaja insiden sebuah gereja DUMC yang memurtadkan orang Islam. Itu yang hanya kita tahu dan sedar sahaja. 

Dengan perbuatan PAS seolah-olah mensabotaj undi Melayu untuk berkuasa ini, bolehkah ianya dianggap PAS telah berjaya mentarbiahkan kafir supaya memahami Islam. Atau yang sebenarnya Kafir yang telah berjaya mentarbiah atau memesongkan pemikiran PAS supaya mempercayai dan bekerjasama dengan kafir lebih dari mempercayai dan bekerjasama dengan parti sesaudara, sebangsa dan seagama iaitu UMNO.

Strategi menghapuskan kuasa melayu oleh orang kafir telah terbukti berjaya di Singapura. Kafir berjaya di Singapura adalah juga dengan pertolongan orang Melayu sendiri. Mungkinkah perkara ini akan berlaku di Malaysia?.


No comments: