Total Pageviews

Monday, September 12, 2011

TAN SRI JINS SHAMSUDDIN BANTAI MAT SABU

                                                                           TAN SRI JINS SHAMSUDDIN
 
MAT SABU AL-KHALWATI                                                                                                                                                              
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata, beliau membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis.
Baca seterusnya di:- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Mungkin Mat Sabu agak marah kerana Tan Sri Jins pada masa itu tidak mengambil dia jadi hero dalam film tersebut. Maklumlah masa Datuk Jins buat film tersebut, umur dia baru dalam linkungan 40 tahun lebih (lebih kurang). Tengah galak lagi. Jika tidak, takkan dia menggatal dengan bini orang di hotel Perdana Kota Baru. Mat Sabu memang pandai berlakun. Lihat rakaman gambar dibawah ini:-

 Lihat bagaimana reaksinya jika berucap. Mengalahkan Hitler. 
Berapi-api ucapannya lebih-lebih lagi jika memaki hamun musuh politiknya 

 Baru cedera kepala lutut sikit dah monyok semacam. Itulah 
lakunanan yang menggambarkan peribadinya yang sebenar. 
Orang perangai macam inikah yang mahu menilai siapa pejuang 
dan siapa pengganas?. Aku sebagai bekas anggota pasokan
keselamatan yang pernah terlibat memerangi pengganas komunis 
dan pernah diserang hendap dan ditembak oleh pengganas komunis
tidak dapat menerima penghinaan Mat Sabu ini. Dia tidak pernah 
merasa dan melalui kesengsaraan dan kesusahan anggota pasokan 
keselamatan sebab itu dia bercakap ikut sedap mulut. Jikalau setakat 
kena tahan ISA apalah sangat. Dia hanya dikurung untuk mehasabah 
diri sahaja. Makan minum semua cukup. Tida ada ancaman ditembak 
atau terpijak jerangkap samar. Tidak ada beban 30/40 kg diatas belakang 
yang digalas mendaki bukit3/4 jam. Dia tidak pernah merasa tersesat 
dan putus bekalan makanan berhari-hari dalam hutan. Dia hanya tahu 
berkhalwat dalam bilik hotel sedangkan anggota pasokan keselamatan 
bergadai nyawa diperbatasan. 

Mat Sabu telah membuat  presepsi melulu tanpa membuat kajian. Nak kata handal dalam sejarah, mengikut khabar, dia hanya dropout tahun pertama dalam bidang teknoloji pemakanan di ITM. Dengan kedunguannya dia sanggup dia melukakan hati waris-waris pejuang Melayu/Islam dengan melebelkan mereka sebagai anggota pasokan keselamatan penjajah dan mengangkat Pengganas komunis sebagai hero kemerdekaan sebenar.

Mat Sabu hanya handal dalam bercakap merapu. Cara dia bercakap hanya layak sebagai penjual ubat di Chow Kit dan Lorong masjid India. Sedihnya ramai orang Melayu kita suka dengar fitnah dan "golmal". Perkataan "golmal" ini aku dapati popular dalam tahun 70'an dulu bagi melebelkan seorang yang suka temberang kosong. Walaupun pendengar tahu bahawa dia hanya temberang, tetapi orang suka mendengarnya kerana kepetahannya berhujah dan berbohong. Namun jika pembohongan dilakukan berulang-ulang lama kelamaan ianya akan dianggap betul lebih-lebih lagi jika tidak ada orang yang menghentikannya. Orang macam inikah yang mahu diangkat menjadi pemimpin Malaysia?.

Inilah dia Mat Sabu. Walaupun dia bukan berpelajaran tinggi dan pernah ditangkap khalwat dan dituduh di mahkamah syariah, tetapi dia berjaya mengalihkan perhatian masyarakat terhadap keburukan dirinya dengan "golmalnya". Lebih dari itu dia berani pula mengaibkan orang lain walaupun dia sendiri penuh dengan keaiban. Seperti kata pepatah "Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi". Walaupun dirinya pernah berkhalwat tetapi dia sanggup menggelarkan Anwar Ibrahim "Al-juburi". Eloklah tu.. seorang "Al-Khalwati dan seorang Al-Juburi". Siapa yang memberikan gelaran tersebut?. Oleh keduanya terhadap satu sama lain.

Untuk membuat film Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin berada di sana selama setahu membuatr kajian bagi mendapatkan maklumat dan fakta sebelum mengarah film Bukit Kepong. Mat Sabu hanya berceramah mencemuh pasokan keselamatan di Pulau Pinang. Kemudian bila semua orang marah, dia terkial-kial berlakun tah berapa jam melawat Bukit kepong dan Kubur Mat Indera bagi menjustifikasikan dakwaannya.

No comments: