Total Pageviews
Wednesday, September 14, 2011
KERAJAAN UMUMKAN "BERSIH" PERTUBUHAN HARAM TETAPI MEMBERI LAYANAN PULA
Jikalau semua orang mahu kerajaan menurut karenah mereka dijalanan, apa gunanya demokrasi, parlimen, wakil rakyat, undang-undang, mahkamah dan hak mengundi. Adil kepada seseorang individu tertentu belum tentu adil kepada pihak lain. Mahu bercakap soal keadilan untuk negara, apakah kamu telah berlaku adil kepada keluarga kamu. anak-anak dan kamu, ibubapa kamu, jiran kamu dan tanggungjawab kamu kepada agama bangsa dan negara.
Aku kekadangtu amat keliru dengan keputusan kerajaan ni. "BERSIH" adalah sebuah pertubuhan atau kumpulan haram. Tetapi kerajaan masih tetap mengambil kira 8 tuntutan yang dibuat oleh mereka. Jikalau dah haramtu maka tetap haramlah. Apa yang mereka tuntut atau perbuatan mereka adalah semuanya melalui proses haram.
Jika terdapat mana-mana pihak yang ingin membuat saranan, tuntutan atau sebagainya mestilah disalurkan melalui pertubuhan yang sah. Parti politik kan ada. Mereka boleh menyalurkannya melalui parti politik yang menyokong kerajaan atau parti politik pembangkang. Kedua-duannya boleh membawa usul ke Dewan Parliman untuk dibahaskan. "BERSIH" bukan sebuah pertubuhan berdaftar dan telah diharamkan oleh kerajaan. Dalam polimik pertubuhan haram "BERSIH" diantara 8 tuntutan bagi pilihanraya yang lebih bersih, mereka menuntut agar menggunakan dakwat kekal sebagai tanda untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali.
Permohonan bodoh dan kebudak-budakan ini pun kerajaan layan sehingga kini. Di zaman sains dan teknologi di alaf baru inipun masih ada manusia yang membawa usul macamni. Usulnya pula dikemukakan juga dalam keadaan tidak bertamadun dan ganas. Jikalau semua yang diputuskan melalui demokrasi mahu dipertikaikan, apa gunanya demokrasi itu lagi.
Dalam bahasa mudah, "INI SUDAH BANYAK LEMAK". Mungkin boleh dipertikaikan jika setiap kali PRU atau PRK pihak kerajaan yang memerintah mendapat kemenangan mutlak 100% sehingga satu kerusipun tidak dimenangi pihak pembangkang. Tetapi kita lihat sahaja realitinya. Kelantan telah dikuasai PAS melebehi 21 tahun. UMNO (BN) adalah sebuah parti kerajaan pusat yang melawan PAS ( asebuah parti pembangkang di kerajaan pusat). Jika BN/UMNO (kerajaan pusat) "main kotor" mengapa PAS masih kekal memerintah Kelantan hingga kini?. Dan di PRU ke 12 yang lalu, Selangor, P.Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan pembangkang. Tak bersihkah lagikah itu?.
Dan pembangkang juga perlu menerima hakikat bahawa Perak ditawan kembali oleh BN juga memlalui proses demokrasi apabila 3 ADUN pembangkang berpaling menyokong BN menyebabkan BN memperolehi majoriti kembali untuk menubuhkan kerajaan BN di Perak. Pun ini juga dipertikaikan oleh pembangkang. Kejadian macamni bukan tak pernah berlaku di negara demokrasi yang lain didunia ini. Di India, negara yang diiktiraf sebagai sebuah negara demokrasi yang paling demokratik dan terbesar didunia, parti politik yang menang pilihanraya dan telah menubuh kerajaan tumbang beberapa bulan kemudian apabila parti-parti kecil bergabung menubuhkan kerajaan.
Kerajaan juga bukan tidak pernah melalui pengalaman betapa buruknya perangai pembangkang bila menang PRU berasakan perkauman. Pada tahun 1969, sebaik sahaja menang di KL, DAP terus memainkan isu perkauman dengan membuat perarakan simbolik di Kampung Baru iaitu membawa replika penyabu bagi maksud mengenyahkan orang Melayu dari bandar KL yang mereka menang. Mereka mahu menyapu orang keluar dari KL dan menghalau mereka balik ke kampung. Apakah itu demokrasi?. Bila menang, halau yang kalah kelaur dari kawasan. UMNO/BN tidak pernah buat perkara macamni tetapi pembangkang dah pernah praktikkannya.
Jadi layanan kerajaan terhadap "BERSIH" yang didalangi parti pembangkang adalah tidak adil kepada rakyat yang mengharapkan demokrasi sebagai satu medium kepada mereka memilih kerajaan. Sepatutnya kerajaan langsung tidak melayan karenah "BERSIH" ini. Jika ada pemimpinnya masih terus mendesak, maka kerajaan hanya perlu menanahan mereka kerana bergerak dalam satu pertubuhan haram. Bukannya mengumumkan bahawa " KERAJAAN MENIMBANG TUNTUTAN "BERSIH" UNTUK MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL DAN MENAMBAH BAIK SISTEM PILIHANRAYA DINEGARA INI".
Kerajan telah mengharamkan pertubuhan "BERSIH" tetapi menerima pakai pula usul pertubuhan haram ini. Secara tidak langsung kerajaan menghalalkan yang haram. Kita mengharapkan kerajaan lebih tegas dan berwibawa. Kelembutan kerajaan ini hanya akan menggalakkan "orang berperangai buruk" lebih naik toncang dan ini amat merbahaya kepada sistem demokrasi di negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment