Total Pageviews

Monday, August 29, 2011

ISU MENGHINA PEJUANG: MAT SABU BERTAMBAH SOMBONG DAN BONGKAK


INI PETIKAN DARI HARAKAH DAILY.NET.


Untuk pembohongan dan putar alam yang penuh sila klik linknya dibawah ini:-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5152--komunis-utusan-bohong-md-sabu-akan-saman

Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman
Bashir Ishak   
KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
(Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ni dia ulasan aku. Jika nak saman akupun aku reda kerana jika aku telah berjuang dan sanggup mati mempertahankan negara/agama/bangsa, apalah sangat dengan Mat Sabu.

Sebelum Mat sabu spin petikan video ceramahnya maka aku turunkan disini link ucapannya di youtube yang di upload oleh bloger pisau.net:-
Inilah dia Mat sabu yang disanjung oleh Melayu/Islam dalam PAS hingga melantik dia jadi Timbalan Presiden PAS. Mustahil seorang yang waras akan lupa 100% apa yang dia cakap hanya dalam beberapa hari yang lepas melainkan dia adala pelupa, penyanyuk atau dah sampai ke tahap akan jadi gila.

Jikalau setakat Utusan sampaikan berita bertulis sahaja mungkin boleh dipertikikan. Tetapi ada rakaman "live video" pun masih nak spin lagi dan berani pula mengugut nak saman Utusan. Arahkanlah peguam engkau terus saman Utusan tu jikalau apa yang engkau cakap dalam videotu bukan engkau yang cakap atau telah dipalsukan.

Wahai Mat Sabu... aku nak maklumkan kepada engkau bahawa pemberita utusan dan rakyat Malaysia bukannya beruk yang tak faham apa yang engkau cakap dalam videotu. Malah jika engkau tak sebut satu persatu nama samada anggota polis Bukit Kepong yang terkorban atau nama pengganas samada Mohamad Indera atau sebarang nama Cina pengganas, rakyat Malaysia sangat faham dan tahu apa yang engkau maksudkan.

ENGKAU MEMANG BERMAKSUD DENGAN MENGATAKAN BAHAWA ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DALAM SERANGAN PENGGANAS CINA KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPANG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR KERANA ENGKAU MENGANGGAP BAHAWA MEREKA ADALAH POLIS PENJAJAH  KERANA IANYA BERLAKU 5 TAHUN SEBELUM MERDEKA. SEBALIKNYA ENGKAU TELAH MENG"HERO"KAN PENGGANAS KOMUNIS YANG TELAH MEMBUNUH BERIBU ORANG MELAYU/ISLAM SEJAK DARI ZAMAN SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH. PENJAJAH BRITISH TIDAK MENJADIKAN DASAR MEREKA MEMBUNUH MELAYU/ISLAM DAN TIDAK BERHASRAT MENGHAPUSKAN ISLAM WALAUPUN PADA MASA ITU TELAH BERLAKU TUNTUTAN KEMERDEKAAN OLEH ORANG MELAYU/ISLAM TERHADAP BRITISH MELALUI PENUBUHAN UMNO PADA TAHU 1946 LAGI. POLIS BUKIT KEPONG ADALAH SEBAHAGIAN DARI ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN YANG BERJUANG BAGI PIHAK BRITISH BAGI MEMPERTAHANKAN RAKYAT TERUTAMANYA UMAT MELAYU/ISLAM DARI TERUS MENJADI MANGSA KEZALIMAN PENGGANAS CINA KOMUNIS. JIKA BENAR PENGGANAS CINA KOMUNIS PEJUANG KEMERDEKAAN, MENGAPA SEBAIK SAHAJA JEPUN MENYERAH KALAH, SEMASA 14 HARI MEREKA MENGISI KEKOSONGAN KERAJAAN PIHAK BERKUASA BRITISH, MEREKA (PENGGANAS CINA KOMUNIS) TELAH MENGUTIP DAN MENAHAN ALIM ULAMAK, GURU2 AGAMA, USTAZ2 DAN SESIAPA SAHAJA YANG DIANGGAP PEMIMPIN AGAMA ISLAM LALU MEMBAWA MEREKA KE TEMPAT YANG TIDAK DIKETAHUI LALU MEMBUNUH MEREKA. AKHIRNYA MEREKA MATI TIDAK BERKUBUR. DIKATAKAN BAHAWA LEBIH RAMAI ORANG MELAYU/ISLAM YANG DIANGGAP MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN AGAMA (LEBIH KURANG 3,000 ORANG) TELAH TERBUNUH ATAU DIBUNUH DISELURUH NEGARA OLEH PENGGANAS CINA KOMUNIS DALAM MASA 14 HARI BERBANDING 3 TAHUN JEPUN MEMERINTAH TANAH MELAYU. INIKAH YANG DIDAKWA OLEH MAT SABU BAHAWA PENGGANAS KOMUNIS ADALAH PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR. DAN AKHIRNYA.. ADAKAH PENGGANAS CINA KOMUNIS YANG TELAH MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU (MALAYSIA) ATAU TANAH MELAYU (MALAYSIA) TELAH MENDAPAT  KEMERDEKAAN KERANA ATAS DAYA USAHA PEMIMPIN MELAYU IAITU DATUK ONN JAAFAR DAN TUNKU ABDULRAHMAN. MAT SABU MEMANG BUTA SEJARAH KERANA DIA TIDAK TAHU BAHAWA SALAH SATU SYARAT UNTUK TANAH MELAYU DIBERIKAN KEMERDEKAAN ADALAH BAHAWA KITA MAMPU MENJAGA KESELAMATAN SEMUA RAKYAT BERBILANG KAUM DINEGARA INI. SIAPAKAH YANG DIHARAPKAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN SEMUA KAUM ITU?. IANYA SUDAH TENTULAH PASUKAN KESELAMATAN YANG TERDIRI DARI POLIS DAN TENTERA YANG DIHINA OLEH MAT SABU.  DAN JIKA BENAR CINA PENGGANAS KOMUNIS ADALAH PEJUANG KEMERDEKAAN, MENGAPA MEREKA HANYA MELETAKKAN PERJUANGAN BERSENJATA MEREKA  DINEGARA INI HANYA PADA AKHIR TAHUN 1989 SEDANGKAN KITA TELAH MERDEKA PADA 31 OGOS 1957 LAGI. ITU PUN HANYA SETELAH MEREKA (CINA PENGGANAS KOMUNIS) TIDAK MAMPU DAN TIDAK BERUPAYA LAGI MENERUSKANNYA.

MAT SABU ADALAH MUSH NEGARA YANG SEBENAR!!!!!!

No comments: