http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Allahyarham2 anggota polis dalam video ini adalah antara 25 orang anggota yang telah terkorban dalam sejarah hitam serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang bermula jam 0500 petang pada 23 Fabruari 1950. Dan seperti biasa, mereka yang seangkatan atau sehaluan dengan Mat Sabu memberi komen bahawa sewaktu balai tersebut diserang, kononnya pertahanan balai dapat dikalahkan dengan mudah kerana mereka sedang mabuk. Logikkah khabar yang tidak berwibawa ini. Bangang sungguh yang membuar cerita fitnah ini. Lebih 200 orang pengganas mengepung sebuah balai polis yang terpencil dengan keanggotaan dan keluarga mereka lebih sedikit 25 orang mempertahankan balai yang serba kurang, tiada alat perhubungan yang baik serta sukar mendapat bantuan. Jangankan menembak dengan senjatapi, malah jikalau komunis tersebut baling dengan batu sebiji seorang pun polis boleh kalah. Tetapi anggota polis tersebut telah berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir. Jika tidak masakan mereka terbunuh. Haramjadah sungguh individu yang memberi komen yang hina sedemikian. Jika pun benar terdapat seorang dua yang mabuk, apakah komunis langsung tidak berhati perut dan belas ehsan sehingga sanggup membunuh termasuk ahli keluarga dan yang tercedera?. Pengganas komunis yang macam inikah yang didakwa Mat sabu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar?. Apakah perasaan waris mereka yang hidup sehingga ke hari ini. Aku syorkan supaya semua waris mangsa tregedi Bukit Kepong bersatu dan menyaman Mat Sabu kerana menghina dan menjatuhkan maruah Ibubapa, datuk nenek serta seudara-mara mereka yang gugur di Balai Polis kepong tersebut.
Bila aku membaca Mat Sabu mendakwa bahawa pengganas komunislah pejuang sebenar jika dibandingkan dengan 25 anggota polis yang mati diserang oleh Pengganas tersebut maka serta merta timbul satu pertanyaan; apakah Mat Sabu masih waras lagi?. Maklumlah dari muda sampai ke tua asyik cari idea untuk temberang dan memaki hamun sahaja. Aku ingat dia ni sudah kantoi apabila berbohong yang dia dilanggar trak polis semasa perhimpunan bersih "BERSIH" tempoh hari. Dia tak boleh lagi nak spin cerita tersebut kerana ada video yang membuktikannya. Dari rakaman video tersebut, didapati bahawa kecederaan lututnya adalah akibat motosikal yang dibuncingnya terbabas terjatuh di kaki lima jalan kerana penunggang m/sikal yang dia buncing itu buat pusingan "u" kecemasan dalam usaha melarikan diri untuk mengelak dari ditangkap polis. Mulanya dia kata dirempoh oleh trak polis, kemudian dengan L/Rover polis dan akhir sekali dengan kereta waja polis. Berbohong macamnipun ramai orang boleh percaya?.
Aku adalah salah seorang yang hampir terbunuh angkara pengganas komunis dengan ini mengistiharkan bahawa Mat Sabu adalah musuh aku didunia dan akhirat. Dia juga adalah musuh masyarakat Melayu/Islam di negara ini. Mat Sabu adalah musuh dan seteru kepada bekas-bekas pejuang agama, bangsa dan negara. Mat Sabu adalah musuh kemerdekaan.
Sanggup dia menghina 25 orang anggota dan keluarga polis yang mati di Balai Polis Bukit Kepong akibat serangan pengganas komunis sebagai bukan pejuang. Mat Sabu menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan walaupun pengganas komunis telah membunuh beribu Imam dan pemimpin Islam Melayu semasa komunis bintang tiga mengganas selama 14 hari sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dahulu (sebelum British mengambil alih kembali Tanah Melayu). Mat Sabu sama tarafnya dengan Muhammad Indera kerana menjadi barua kafir DAP/komunis iaitu menjadi pembelot kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Kemaruknya dengan kuasa sehingga sanggup menggadai maruah bangsa dan agama.
Apa agaknya takrif perjuangan dimata Mat Sabu. Apakah berzina dengan bini orang, membunuh orang, memaki hamun orang, menyokong fahaman komunis dan berbohong itu adalah "perjuangan" mengikut kefahamannya?.
Allahyarhan Datuk Onn Jaafar dan Allahyarhan Tunku Abdul Rahman yang banyak berjasa tentang kebangkitan dan kemerdekaan Tanah Melayu, didakwanya bukan pejuang kemerdekaan sebenar?. Mat Sabu ni sangat terperasan bahawa dia adalah pejuang sebenar. Sedarkah dia bahawa perjuangannya yang berlatar belakangkan orang yang pernah ditangkap khalwat dengan bini orang di bilik 121 hotel Perdana Kota Baru, yang kantoi berbohong dia dilanggar trak polis, terkenal dengan sikap suka memaki hamun/menghina orang diceramah dan orang yang suka memberikan gelaran yang tidak baik dan menghina kepada orang yang tidak disukainya (seperti Al juburi kepada Anwar Ibrahim) macamlah diatu manusia yang baik sangat.
Kononnya dia nak mengubah sejarah. Dia ingat sesenang dia terlepas dari hukuman khalwat dengan bini orang kerana adanya saksi telah mengubah sejarah dengan cara menjadi saksi bohong memutarkan cerita sewaktu memberikan keterangan. Tak mengapalah dia terlepas didunia ini.. Jika berzina dengan bini orang, maka bagi orang yang telah berkahwin, hukum hududnya didunia adalah direjam sampai mati. Selagi hukuman tersebut tidak dilaksanakan selagi itulah dia menaggung dosa sehingga ke akhirat.
Fahaman komunis adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Fahaman komunis adalah musuh Islam mutlak. Sesiapa yang menyokong atau mengiktiraf fahaman komunis adalah musuh Islam dan individu tersebut adalah kafir harbi dan murtad.
Komunis tidak percaya kepada kewujudan Allah yang maha esa. Teori komunis adalah semua benda yang wujud di alam semesta ini adalah terjadi dengan hukum alam sendiri. Dunia ini berevolusi sendiri tanpa ada penciptanya. Kononnya makhluk yang hidup dan yang kaku dan segala benda yang kita nampak dan rasai (termasuk diri kita) adala terbentuk dan terhasil dari tindak balas kimia, biologi dan berbagai istilah sains yang lain. Komunis menganggap Agama hanyalah candu kepada manusia. MAT SABU MENYOKONG SERTA MENGIKTIRAF GOLONGAN MANUSIA YANG BERFAHAMAN MACAM INI?. ADAKAH DIA ISLAM?.
Manakala Pengganas komunis pula adalah puak yang mengganas di Tanah Melayu (Malaysia). Pengganas komunis dan penyokongnya pula adalah dari kelompok manusia yang "majoritinya" berbangsa Cina berfahaman komunis yang zalim dan membunuh umat Melayu/Islam terutamanya Pak-Pak Imam dan pemimpin agama Islam semasa darurat dahulu. KELOMPOK MANUSIA KEFAHAMAN MACAM INIKAH YANG DIKATAKAN BAHAWA PEJUANG KEMERDEKAAN YANG SEBENAR OLEH MAT SABU?.
No comments:
Post a Comment