TUNJUK PERASAAN ANTI MURTAD DI HADAPAN MASJID SHAH ALAM
Malunya aku sebagai orang Islam bila melihat pemimpin-pemimpin Islam yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi terpaksa menagih sokongan dari kafir untuk mendapatkan kuasa politik. Jikalau setakat merayu sokongan sahaja aku boleh terima kerana negara ini negara demokrasi iaitu parti yang menang majoriti barulah boleh memerintah. Satu soalan bodoh. Adakah kafir akan menolong atau bekerjasama dengan Islam secara sukarela jika Islam menyekat mereka dari berdakwah kepada umat Islam?.
Sila baca tentatif lapuran gerakan pemeriksaan ke atas sebuah gereja (DUMC) yang dikatakan sedang memurtadkan orang Islam dalam satu majlis Thanksgiving di dalam dewannya. Sila ke Link berikut
http://rmf7.wordpress.com/2011/08/16/mesti-bacapas-pkr-sokong-murtad-rupanya-dumc/
Aku memohon maaf kepada rmf7 kerana meminjam linknya disini. Aku sangat geram dengan pebuatan pemimpin Melayu/Islam yang memalukan umat Islam ini. Jadi aku sebagai umat Islam rasa bertanggungjawab menyebarkan ini sebagai sumbangan aku kepada syiar Islam. Terima kasih kepada rmf7 kerana usahanya yang mulia ini.
Yang aku tak tahantu, pemimpin Islam sanggup menggadaikan maruah agama Islam. Sanggup menafikan perkara yang benar. Sanggup menolak lapuran dari penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri sendiri yang mereka upah untuk laksanakan penguatkuasaan semata-mata untuk mengambil hati orang kafir. Begitu takutnya mereka kepada kafir sehingga melutut meminta maaf walaupun kafir tersebut telah menghina Islam.
Nak jumpa JAIS apa lagi jika itu adalah lapuran dari JAIS sendiri. Adakah maksud nak jumpa itu bermaksud meminta atau memaksa JAIS ubah lapuran tentang tentatif operasi yang telah dilaksanakan?. Jikalau itulah niat mereka, maka mereka telah terlambat dan terpaksa berhadapan dengan Tuanku Sultan yang telahpun mendapat lapuran dari JAIS tersebut.
Tuanku Sultan adalah ketua tertinggi dalam hal ehwal Agama Islam negeri. Umum diketahui bahawa Menteri Besar adalah penasihat kepada DYMM Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi jika nasihat yang diberikan akan memusnahkan “Bangsa dan Agama”, maka Tuanku Sultan bukannya puppet MB Besar. Tiada sesiapapun yang terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi jika ianya menderhaka kepada DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja. Tuanku Sultan boleh meminta MB ditukarkan kepada individu lain yang dipilih dari kalangan parti yang menang dalam PRU selagi ianya selari dengan undang-undang tubuh negeri iaitu mestilah Melayu/Islam.
No comments:
Post a Comment