http://www.facebook.com/video/video.php?v=1752608953860&oid=153417568055988&comments
Bila mendengar ceramah Dr Asri Bekas Mufti Perlis aku teringatkan pakar-pakar agama dan motivasi yang aku pernah ketengahkan sajung satu waktu dulu iaitu Dr Hassan Ali, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din, Nazamudin Taib dll. Mereka ini semuanya terror bab agama dan motivasi. Akhirnya apa sudah jadi dengan mereka. Jadi basi. Bukan kerana ilmu mereka makin terhakis tetapi kerana mereka terperasan bahawa mereka kini sudah layak masuk politik atau mencampuri urustadbir pemerintah. Jika kerajaan menegur mereka nanti akan dituduh kerajaan tidak mahu laksanakan Islam atau sebagainya. Akhirnya mereka masuk pembangkang atau menyokong pembangkang.
Bagaimana jika sebahagian besar rakyat memberikan pendangan?.
Aku tidah mahu berbahas menggunakan nas-nas hadis atau ayat-ayat Qur'an dengan Dr Asri. Aku tahu dengan pengetahuan agama aku yang cetek ini aku tidak berdaya membahaskan hujah keagamaannya. Sudah tentu aku tidak akan berupaya menandingi seorang yang pernah mengetuai fakulti pengajian Islam di USM dan pernah memegangb jawatan Mufti Perlis.
Dalam hal ini aku hanya mahu menyatakan pendirianku bahawa dalam video (Link seperti di atas) Datuk Dr Asri telah bercakap dimasa yang salah dan memihak kepada yang bukan hak. Sebagai seorang Islam dan sudah hidup lama didunia ini aku rasakan ada keganjilan tetang isi ceramahnya yang menarik perhatianku. Aku merasa sedih dan kecewa. Dr Asri yang beberapa ketika terdahulu adalah seorang cendikiawan Islam yang aku amat kagumi kini sudah berubah wajah.
Pertamanya beliau mempersoalkan ke manakah wang zakat sehingga membuat beberapa orang Islam sanggup masuk ke gereja memohon atau menerima bantuan dari paderi. Datuk Asri tidak sedarkah bahawa kutipan zakat kita bukan semewah pendapatan negeri vatican di Eropah yang menabung wang hanya untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh dunia. Datuk Asri tidak tahukah bahawa memang wang zakat telah dan sedang dibelanjakan tetapi bukan dalam keadaan bermewahan. Berapa ramai orang Melayu/Islam sekaya Datuk Kwok atau Ananda Krishnan yang mampu menyumbang berbilion ringgit untuk zakat?. Kebanyakannya Melayyu/Islam bekerja dengan kerajaan dengan gaji yang cukup makan sahaja. Malah ramai Melayu/Islam yang bekerja dengan kafir meNjadi kakitangan yang didsikriminasikan gaji dan pangkat mereka. Juga berpendapatan rendah cukup makan sahaja. Bagaimana nak bayar zakat dalam kadar yang banyak?. Setakat bayar zakat fitrah itu bolehlah.
Keduanya menjustifikasikan bahawa orang islam boleh menerima sumbangan orang kafir sebagaimana juga orang kafir menerima pemberian orang Islam. Memanglah tidak salah menerima pemberian orang kafir atau sesiapa sahaja asalkan ianya tidak bersyarat. Apakah Datuk Asri mahu membenarkan bahawa, oleh kerana mereka tidak mendapat sumbangan bantuan dari zakat, maka Melayu/Islam tersebut bolehlah masuk ke gereja, berjumpa Paderi, diberikan bible berbahasa Melayu dan dikenakan syarat bahawa jika mahu bantuan yang lebih, bertukarlah ke agama Kristian. Macamtuke?. Atau Dr Asri terlepas pandang bahawa Melayu/Islam yang hadir ke gereja tersebut bukan orang susah tetapi mahu mencari kemewahan.
Ketiganya mempersoalkan apa rasionalnya melarang orang bukan Islam masuk ke masjid sedangkan orang kafir tidak melarang orang Islam masuk ke rumah ibadat mereka. Dalam hal ini apakah Dr Asri telah menutup mata dan telinganya dari mendengar atau melihat apakah perbuatan sabotaj bukan Islam terhadap Melayu/Islam di negara ini. Tidakkah Dr Asri tidak pernah mendengar bahawa Karpal Singh pernah mencabar langkah mayat dia dulu jika mahu menjadikan negara ini negara Islam. Apakah Dr Asri tidak pernah mendengar bahawa kepala babi pernah dibaling ke dalam masjid. Apakah Datuk Asri tidak pernah mendengar bantahan orang kafir mengkritik tentang laungan azan. Tidakkah Dr Asri tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh kafir telah mengharamkan bacaan Qur'an dan Takzirah subuh dimasjid kononnya ianya mengganggu ketenteraman umat kafir. Apakah mereka masuk ke masjid hingga ke dewan sembahyang itu ikhlas.
Bencinya mereka kepada Islam, sampaikan tulisan Jawi
yang menyerupai tulisan Arab ayat Qur'an pun mahu
di hapuskan oleh kafir dari tertera papantanda nama jalan.
yang menyerupai tulisan Arab ayat Qur'an pun mahu
di hapuskan oleh kafir dari tertera papantanda nama jalan.
Bencinya mereka kepada Islam, sampaikan tulisan Jawi yang merupakan tulisan arab menyerupai tulisan ayat Qur'an pun mahu di hapuskan oleh kafir. Tetapi mereka rela pula masuk ke Dewan Sembahyang memberi takzirah. Orang melayu masuk gereja menadah tangan memohon bantuan, tetapi kafir masuk masjid bagi takzirah dan menyampaikan bantuan kepada orang Islam. Sucikah niat mereka atau hanya membantu kerana mereka ada rancangan yang lebih jauh lagi?.
Sudahlah organisasi kafir yang kaya raya menggunakan pelbagai tipu muslihat untuk mendakwah orang Islam masuk ke agama mereka, kini seorang pakar agama Islam pula seolah-olah membela perbuatan orang kafir tersebut. Mereka telah berjaya meresap ke dalam parti pembangkang majoriti Melayu dengan mempengaruhi Melayu/Islam dalam pembangkang menyokong mereka. Kini guru agama pun sanggup berdakwah menyebelahi perbuatan orang kafir yang melaksanakan muslihatnya mengkafirkan Melayu/Islam.
Sya terfikir juga, jika kafir memerintah negara ini, adakah Dr Asri masih berpeluang berceramah agama sana sini dengan bebas seperti sekarang?. Sebagai perbandingan, pada masa ini walaupun rumah yang kita miliki kecil tetapi kita masih mempunyai rumah dan tanah. Kut nanti bila kafir memerintah, rumah buruk pun kita tak dapat miliki.
Jabatan Agama Islam Selangor dan kakitangan serta polis membuat pemeriksaan di DUMC kerana mendapat maklumat bahawa orang Melayu/Islam akan dimurtadkan (satu perbuatan yang menyalahi undang-undang negara ini mengikut perlembagaan). Mereka bukan melarang orang melayu/Islam berjumpa dengan kawan-kawan kafir mereka atau menghalang orang Islam menerima bantuan orang kafir. Musykil juga aku bahawa jika Dr Asri tidak memahaminya.
Meludah ke langit biasanya akan jatuh ke muka sendiri.
No comments:
Post a Comment