Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.
Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali. Pada satu ketika dulu, aku tidak akan melepaskan peluang mendengar ceramahnya beliau samada di TV, radio malah beliau pernah menjadi penceramah jemputan di jabatan tempat aku bertugas. Ceramah motivasinya sungguh mantap dan ilmiah. Masa itu aku sungguh kagum dengan dirinya serta beberapa penceramah motivasi yang lain seperti Dr Fadhilah Kamsah. Begitu juga dengan beberapa penceramah agama seperti Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharum (Mufti Selangor), Nazamudin Taib (Bekas Imam Besar Masjid Negara), Dr Mohd Asri dan beberapa tokoh lagi.
Tetapi sebahagian dari mereka jugalah yang telah memudarkan dan memesongkan aku dari terus mengiktiraf kecemerlangan akedemik dan dan ketokohan mereka. Kenapa?. Kerana mereka telah memurahkan pengetahuan dan kecemerlangan dalam agama dan motivasi mereka dengan menyamakan tarafkan diri mereka dengan ahli politik. Apakah yang mereka boleh lakukan apabila mereka menceburkan diri dalam politik terutamanya menyokong politik pembangkang?.
Mereka perlu faham bahawa rakyat dan orang ramai terutamanya Melayu/Islam kagum dengan mereka kerana pengetahuan agama dan pengetahuan motivasi mereka. Bukan atas kapasiti siasah politik mereka. Semua rakyat beragama uang beragama Islam dari berbagai lapisan masyarakat serta pandangan politik menyanjung tokoh-tokoh berkenaan bukan atas status mereka sebagai ahli politik tetapi sebagai seorang individu yang memimpin dari segi keagamaan dan sahsiah diri.
Dengan tidak meletakkan ahli agama dalam barisan kabinet, kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO (Organisasi politik Melayu/Islam) yang memerintah negara ini sejak dari merdeka lebih 53 tahun yang lalu masih menegakkan Islam sebagai agama resmi di negara ini. Beribu-ribu masjid dan surau, institusi pendidikan agama dan pusat tahfiz telah dibina. Kerajaan UMNO/BN juga menubuhkan Universiti Islam, Perbankan Islam, pajak gadai Islam, kewangan Islam, penerapan nilai-nilai Islam dan pelbagai lagi. Semua program kerajaan ini memerlukan pakar-pakar Islam dibidang masing-masing bagi mengisi dan menggerakkannya.
Tetapi sayangnya ini dipandang remeh oleh mereka. Apa sudah jadi dengan tokoh-tokoh berkenaan. Mereka, bila sudah popular, terus termakan pujukan pembangkang PAS/PKR lalu mereka menjadi ahli politik penyokong pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Kononnya mereka ada lebih ruang dan peluang bersama pembangkang terutamanya PAS untuk merealisasikan cita-cita bagi menjadikan negara ini sebagai negara Islam sepenuhnya.
Apakah mereka tidak tahu atau tidak faham bahawa perlembagaan Malaysia tidak membenarkan perlaksanaan hukum Islam sepenuhnya di negara ini. Ini bukan atas kehendak pemerintah kerajaan UMNO tetapi yang termaktub dalam perlembagaan. Amat mustahil sekali ketokohan seperti mereka tidak memahami situasi ini. Malah merekalah antara pemimpin masyarakat yang sering memberi ceramah atas topik ini kepada masyarakat agar memahami senario politik dan perlembagaan negara ini. Aku menjadi saksi kerana aku sering hadir di kuliah mereka satu waktu dulu dimana mereka adalah manusia rasional pada masa itu.
Sudah terantuk baru tengadah. Belumpun satu negara diberi mandat untuk memerintah: hanya sebuah negeri sahaja iaitu Selangor telah membuktikan bahawa PAS tidak berupaya merealisasikan apa yang perjuangkan. Kita ketepikan dulu negeri Kelantan kerana di negeri berkenaan majoritinya adalah Melayu/Islam. Itu pun mereka (PAS) masih lagi berpaut dan menagih undi dari kafir. Jika tidak sudah tentu beberapa jenis patung Budha terbesar di Asia tidak dibina di Kelantan.
Adakah mereka sudah buta untuk melihat dan mengerti betapa sukarnya menjadikan negara ini melaksanakan hukum Islam sepenuhnya?. Isunya bukan boleh ke tak boleh mengikut hukum Islam tetapi sekatan perlembagaan. Ianya diluar kontek kuasa kerajaan yang memerintah. Jika Melayu Islam boleh mendapat undi majoriti 2/3 di Parlimen maka pada masa itu bolehlah dibentang usul untuk menjadikan negara ini negara Islam sepenuhnya dengan pindaan perlembagaan yang sedia ada.
Dalam situasi sekarang, jangankan nak dapat majoriti 2/3 dan menjadikan negara ini negara Islam sepenuhnya malah PAS sendiri sudah dicucuk hidung oleh parti rasis Cina DAP dalam Pakatan Rakyat. Buktinya?..lihatlah apa yang terjadi kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.
Serbuan oleh JAIS bersama polis ke sebuah gereja atas arahan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali adalah kerana mendapat maklumat bahawa ada orang Melayu/Islam akan dimurtadkan disana. Namun operasi ini telah mendatangkan kemarahan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri iaitu Khalid Samad dan lebih memalukan apabila MB yang merupakan seorang Melayu/Islam tunduk memohon maaf kepada Kristian. MB Melayu/Islam memohon maaf kepada kafir yang memurtadkan orang Islam?. Inikah yang dilaungkan oleh PAS bahawa mereka berjuang untuk menegakkan negara Islam dan mengkafirkan UMNO?.
Pada satu waktu dulu, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali pernah dimalukan dalam situasi yang hampir sama apabila beliau mengarahkah sebuan dibuat terhadap premis perniagaan yang menjual arak secara terbuka. Namun Pihak DAP yang diketuai oleh Ronnie Liu menuntut Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali memohon maaf dan mengarahkan supaya arak yang dirampas dipulangkan kembali kepada premis yang berkenaan.
Jadi sudah sampai masanya Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali serta tokoh Islam lain kembali ke fungsi asal mereka seperti dulu. Iaitu tidak menyebelahi atau menyokong mana-mana parti politik. Tetapi lebih kepada membentuk peribadi dan keimanan yang baik bagi umat Islam di Malaysia. Dimana ceramah Perdana mereka di siarkan di TV arus Perdana dan Ceramah ditapak-tapak ceramah sering mendapat sambutan luarbiasa yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dan fahaman politik.
No comments:
Post a Comment