Adakah yang demikian itu hanya setakat memberikan bantuan. Bukankah itu perbuatan memurtadkan orang Islam
Berhubung dengan isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja yang dipercayai memurtadkan orang Islam, timbul berbagai pandangan pro dan kontra. Bagi pihak pembangkang, ini adalah peluang baik untuk membakar semangat perkauman keagamaan. Manakala yang berkepentingan pula, inilah masanya untuk menjatuhkan lawan masing-masing.
Pada realitinya ada pihak tertentu mengambil peluang menangguk di air keroh. UMNO dan PAS bertelagah dalam bidang politik di mana isu agama ikut terseret sama. Pembangkang terutama Cina rasis mengambil kesempatan melagakan dua pihak ini agar pertelagahan terus berpanjangan. Lebih memudahkan mereka, adalah kehadiran ketua pembangkang yang mempunyai masalah moral. Dengan keadaannya yang begitu tertekan, dia menggunakan Cina rasis dan kumpulan anti Melayu/Islam & Bumiputera sebagai talian hayat perjuangan politik dan perbicaraan mahkamah.
Dalam masa kekalutan inilah gerakan kristian mengambil peluang bagi mengembangkan agama kristian di kalangan umat Islam di Negara ini. Dalam keadaan aman tenteram dan kerjasama yang baik antara Melayu/Islam / Cina /India dan lain-lain kaum, perbuatan mengkafirkan orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan akan mudah di kesan dan diselesaikan atas kemuafakatan antara kaum dan agama.
Namun demikian, dalam keadaan sekarang, tindakan pihak berkuasa agama Islam negeri terhadap gejala mengkristiankan orang Islam tidak lagi dilihat betul mengikut undang-undang malah akan dicapkan sebagai menyekat hak kebebasan manusia.
Apakah logiknya memberi bantuan kepada orang Islam yang kononnya miskin, dzaif dan memerlukan pertolongan dengan membuat upacara di dalam gereja?. Lebih dari itu penerima bantuan tersebut diberikan pula kitab injil dalam bahasa Melayu. Apakah maknanya itu?.
Terdapat dakwaan mengatakan bahawa orang Islam yang hadir diupacara tersebut adalah orang miskin yang sangat memerlukan bantuan tetapi telah keciciran dari menerima bantuan dibawah program bantuan kerajaan dan jabatan agama Islam.
Kerajaan telah mengeluarkan berjuta ringgit setiap tahun bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Skim Bantuan Felcra dan Pembangunan Luar Bandar (PPRT) dan berbagai bantuan lagi. Berpuluh ribu sudah menerimanya. Manakala kerajaan dan agensi-agensi yang berkenaan tidak pernah menutup pintu untuk memberi bantuan seterusnya.
Yang menjadi persoalan adakah yang hadir untuk menerima bantuan kristian tersebut adalah dari kalangan mereka yang memang benar-benar memerlukan bantuan?. Atau mereka telah tertarik dengan skim bantuan lumayan dari pihak gereja atau lain-lain pertubuhan agama.
Namapun bantuan. Jika penerimanya mahukan kemewahan (rumah besar, kereta besar, pendapatan bulanan yang tinggi) maka bantuan tidak lagi relevan dengan mereka.
Adakah penerima bantuan dari kerajaan atau dari agensi yang berkenaan harus menyamai pendapatan seorang kerani, guru atau pengurus?. Jika demikian apa akan jadi andai kata semua Melayu/Islam & Bumiputera rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dan memohon bantuan yang mewah dari kerajaan. Jika tidak diberikan maka mereka semua akan masuk agama kristian. Mampukah Kristian memenuhi kehendak rakyat tersebut?.
Janganlah mudah menuduh pihak kerajaan tidak mengambil berat soal kebajikan rakyat hingga ada yang sanggup masuk kristian kerana tidak diberikan bantuan. Rakyat Malaysia ada lebih kurang 27 juta nyawa. Berapa peratuskah diantaranya yang termasuk dalam ketogori miskin tegar yang melayakkan mereka menerima bantuan penuh dari kerajaan?.
Dikecualikan kepada mereka yang tua, sakit atau hilang upaya, adakah yang termasuk dalam miskin tegar dan mendapat bantuan tadi akan kekal miskin tegar selama-lamanya. Inilah yang menjadi persoalannya. Saya tinggal di luar bandar di mana dikatakan tahap kemiskinan begitu tinggi. Tetapi ada bermacam-macam insentif yang diberikan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang berkenaan. Bantuan ternakan lembu kerbau, kambing, ayam itik, ikan, pertanian tanaman, produk makanan, bantuan modal samada dalam bentuk percuma atau pinjaman mudah dan lain-lain. Bukan setakat bantuan metarial bahkan latihan teknikal dan tunjuk ajar. Apakah bantuan kerajaan ini belum lagi mencukupi untuk membantu rakyat miskin tegar keluar dari garis kemiskinan?.
Memang diakui bahawa tidak ada benda yang sempurna di dunia ini. Termasuklah juga petugas-petugas agensi kerajaan yang berkenaan. Kerajaan menyedari situasi ini. Sebab itulah di wujudkan Biro Pengaduan Awam, Biro Bantuan Guaman, SPRM, Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil rakyat, ketua kampong, malah badan-badan politik yang pro kerajaan pun ada mewujudkan pusat pengaduan awam masing-masing bagi memberi perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.
Pernahkan permohonan anda ditolak sehingga anda sanggup menggadaikan agama untuk meminta bantuan?. Atau sememangnya anda sudah terpengaruh dengan dakwah kafir yang bertentangan dengan agama Islam. Sahaja memberi alasan kononnya mendekati gereja kerana memohon bantuan tapi pada realitinya anda sedang menagih kemewahan seperti yang dijanjikan oleh pendakwah kristian. Jika demikian maka JAIS berhak menyerbu gereja berkenaan kerana perbuatan pendakwah kristian memujuk atau mendakwah orang Melayu/Islam menjadi murtad adalah salah disisi undang-undang. Termaktub dalam perlembagaan bahawa agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam di MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment