ADAKAH MB SELANGOR (PKR) - KHALID IBRAHIM DAN
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM (PAS) - KHALID SAMAD
MENYOKONG ORANG MELAYU ISLAM MURTAD
DAN MENGANUT AGAMA SEPERTI INI?
Atau sehingga orang Melayu/Islam
dah jadi macamni baru nak sedar
Benjamin Celaka
Bertambah geram bila Melayu sendiri turut mencemuh dan mempersoalkan rasionalnya serbuan oleh JAIS tersebut. MB Selangor Khalid Ibrahim (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) dua orang pemimpin Melayu beragama Islam turut mencemuh institusi penguatkuasa agama negeri mereka sendiri - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kerana politik kepentingan agama sanggup digadaikan.
Apakah MB Selangor Khalid Ibrahim (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) bersetuju pihak gereja Kristian memurtadkan orang Islam?. Nampak gaya dari serangan mereka kepada JAIS dan Datuk Dr Hasan Ali sudah terang dan nyata bahawa kedua pemimpin PKR dan PAS diatas sudah jatuh kafir kerana bersubahat atau bersetuju Kristian memurtadkan orang Islam.
Sebagai orang Islam yang bertanggungjawab, aku sebarkan Klik di sini untuk ke link penjelasan lengkap peristiwa serbuan JAIS ke gereja yang didakwa memurtadkan oramg Melayu/Islam yang di siarkan dalam blog GAP.
Jika jiwa kita sebagai penganut Islam sejati, kita tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan JAIS dan peranan Dr Hasan Ali. Bukan ada tindakan kekerasan atau diluar batasan yang telah dilakukan oleh JAIS. Hanya pemeriksaan mengejut setelah mendapat maklumat yang mencukupi.
Tidak ada secebis pun papan pintu gereja tersopak malah JAIS mematuhi permintaan salah seorang kakitangan gereja agar tidak masuk terus waktu itu kerana mengganggu majlis. Itukah yang dikatakan serbuan dengan kekerasan. Perlu dingatkan bahawa tidak ada tempat yang tidak boleh dimasuki oleh penguatkuasa yang diwartakan seperti polis bagi menyiasat, menahan atau mencegah jenayah atau apa-apa juga yang melanggar undang-undang.
Ada peruntukan undang-undang bahawa mana-mana pegawai polis boleh memasuki premis atau bangunan tanpa waran jika dia mengesyaki bahawa seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran sedang berada atau berlindung atau cuba lari di bangunan tersebut. Dengan suci hati pegawai polis itu berpendapat bahawa dengan tindakannya untuk mendapatkan waran terlebih dahulu untuk memasuki bangunan atau premis akan memberikan peluang orang yang disyaki akan melepaskan diri, maka mana-mana pegawai polis boleh memecah masuk premis atau bangunan tersebut tanpa waran dalam usahanya untuk menjalankan tangkapan.
Itulah sebabnya JAIS pergi menyiasat bersama sepasukan Polis. Namun demikian tidak adapun kekerasan yang telah berlaku. Kemasukan JAIS dan Polis ke dalam premis pun setelah dibenarkan oleh pihak gereja setelah cuba menyembunyikan bukti dan saksi. Sepatutnya JAIS dan Polis mendapatkan waran geledah terlebih dahulu dan mengepong seluruh kawasan gereja dan seterusnya menggeledah seluruh gereja termasuk pejabat bagi mencari bukti kegiatan mereka selama ini. Tetapi jika JAIS mengikut prosidur ini sudah tentu segala bukti dan saksi akan hilang kerana ianya memakan masa.
Tetapi itulah yang sebenarnya langkah tindakan yang diambil oleh JAIS. Tidak mahu menjadikannya sebagai satu perkara yang nampak seolah-olah tidak boleh diselesaikan. JAIS sedia maklum bahawa tempat ibadat seperti masjid, gereja, rumah berhala, tokong dsbnya adalah premis yang sensitif. Tetapi pihak gereja bertindak 'menegak benang basah'. Tambah menjadi gempar apabila dua pemimpin Melayu Islam yang menjadi tunggangan DAP melalak membela pihak gereja/Kristian.
Kepada Datuk Dr Hassan Ali, walaupun aku tidak menyokong Parti PAS, tetapi sebagai seorang Islam aku menyanjungmu sebagai wira Islam kerana bertindak berani menegakkan syiar Islam walaupun akan menggadaikan jawatan lumayan dalam politik.
Kali ini aku berdo'a agar Datuk Dr Hassan Ali tidak 'U turn' atau mengundur atau beralah. Membujur lalu melintang patah. Tidak ada kompromi dalam mempertahankan Islam. Hatta dengan nyawa sekalipun.
No comments:
Post a Comment