Total Pageviews

Monday, August 22, 2011

APA SANGKUT PAUT ISU DAN KES DAHULU DENGAN PERBICARAAN LIWAT SEKARANG

Dahulu kawan baik tetapi mengapa sekarang tak mengaku kenal dengan Datuk Eskay. 
Mengapa tidak sapinakan Datuk Eskay menjadi saksi alibinya. Adalah juga meritnya.

Tak faham aku apa kaitannya hal pemecatan dia dari Tim. PM oleh Tun Dr Mahathir, kes Liwat 1998 serta kes salah guna kuasa yang menyebabkan dia dipenjarakan 9 tahun dengan perbicaraan kesnya meliwat Saiful Bukhari yang dihadapinya sekarang. Mentang-mentanglah dia membuat pilihan membela diri dari kandang tertuduh yang mana pendakwa tidak boleh menyoal balas, maka dia merapu membawa isu yang tidak sangkut paut dengan kes yang dibicarakan. Kononnya untuk menarik simpati masyarakat bahawa dia menjadi mangsa konspirasi.

Dia membela diri dengan menuduh orang lain?. Apakah yang demikian itu dikatakan membela diri mengikut prosiding mahkamahkah itu?. Jika dia yakin dan disertakan dengan bukti, samanlah pihak yang berkenaan yang dikatakan sengaja mengadakan perkara yang tidak benar dan menginiaya dirinya. Mengapa kes meliwat Saiful Bikhari dikaitkan dengan perkara lain yang belum tahu betul atau tidaknya.

Sepatutnya dia memberikan alibi atau sebarang hujah mengapa air maninya berada dalam dubur Saiful. Alibi untuk menafikan dia berada di kondo semasa kejadian liwat berlaku. Alibi mengapa gambar dia sampai di kondo tempat kejadian meliwat di rakam di cctv. Mana boleh kaitkan perkara yang tidak berkaitan. Mana ada merit pembelaan dengan cara demikian melainkan menyambung perbuatan memfitnah. Sampai dalam mahkamah pun masih nak memfitnah.

Aku tidak faham mengapa mahkamah memberi peluang kepadanya mengalih perhatian sehingga sejauh itu lari dari tajuknya. Tetapi aku percaya dan yakin akan intergriti hakim dan mahkamah. Semoga Allah mendedahkan perkara yang benar dan menolong orang yang benar-benar teriniaya. Insyaallah.

No comments: