Total Pageviews

Thursday, May 31, 2012

DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP KARPAL SINGH


PERDANA MENTERI MALAYSIA ( DITENGAH-TENGAH ) 
DENGAN DIAPIT OLEH TIMBALAN PM SATU DAN DUA
 
DEMONSTRASI BANTAHAN TERHADAP
KARPAL SINGH PADA 31 MEI 2012 
DI HENTIAN BAS GERIK PERAK

Bangsa Melayu/Islam telah banyak berkorban. Kaum pendatang telah mendapat hak/kerakyatan, hak memiliki harta dan kekayaan persendirian, hak untuk berniaga dan mengusahakan hartanah, hak pelajaran dan bahasa mengikut kaum, hak mengundi dan memilih pemimpin, hak kebebasan beragama dan mengamalkan budaya mengikut kaum serta bermacam-macam hak lagi.

Mahatma Ghandi menghalau British dari India demi bangsa India kerana mereka tidak boleh menerima Orang British menjadi Ketua Negara mereka.

Indochina berperang dengan Perancis kerana tidak dapat menerima kaum Eropah itu menjadi pemimpin dinegara Indochina.

Indonesia menghalau keluar Belanda kerana mereka tidak mahu orang Belanda memerintah mereka.

Orang Negro di Afrika Selatan menghalau Eropah dari menjadi pemimpin memerintah Afrika Selatan juga kerana tidak mahu orang bukan Negro menjadi pemerintah di Negara Negro.

Kaum Sikh di India juga tidak suka kepada kerajaan India dan mahukan otonomi mereka sendiri hingga tercetusnya peristiwa peristiwa berdarah di Kuil Emas mereka pada satu masa dahulu.

Hanya di Malaysia sahaja kaum asal iaitu Melayu/Islam sanggup berkongsi negara dengan kaum pendatang. Cuma di Malaysia sahaja kaum pendatang berani meminta lebih dari sepatutny. Jika jawatan Perdana Menteri pun masih mahu di tagih oleh kaum pendatang, apa lagi yang akan tinggal kepada orang Melayu. Adakah satu hari nanti mereka akan menuntut pula iaitu "ORANG BUKAN MELAYU PUN BOLEH JADI SULTAN ATAU RAJA"?.

Tuntutan yang melampau hanya akan mendatangkan huru hara. Jika bangsa-bangsa lain berjuang hingga mati kerana menjaga hak kepentingan bangsa mereka, maka begitulah juga dengan Bangsa Melayu. Jika Bangsa Melayu tidak berjuang untuk bangsa dan agama Islam, maka sudah tentu tidak wujud apa yang dinamakan nusantara Melayu ini.