Pada 14 Ogos 2012, satu program aktiviti kemasyarakan:-
Majlis Ceramah / Dialog / Jamuan GAP Dan Majlis Berbuka Puasa RISDA Bersama YB Dan Kariah Kg Belum Baru
sempena bulan Ramadan anjuran RISDA Daerah Gerik telah diadakan di Masjid Nur
Al-Huda, Kampung Belum Baru, Gerik Perak yang bermula dari jam 06.00 petang.
Aturcara program adalah seperti berikut:-
- Penyampaian sumbangan kepada dua orang fakir miskin
- Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Fazli Bin Hj Mohamed
- Ucapan Pegawai RISDA Daerah
- Ucapan ADUN Kenering
- Majlis berbuka puasa
- Sembahyang Maghrib berjemaah
- Majlis dialog
- Sembahyang Isyak dan Tarawikh berjemaah
- Moreh
Antara yang hadir dalam program ini ialah:-
- YB Dato’ Hj Mohd Tarmizi Bin
Hj Idris - ADUN Kenering
- En Abdul Rashid Bin Nafis - Pegawai Risda Daerah
- En Badrul Bin Abd Wahab - Ketua Stesyen RISDA Gerik Selatan
- Tn Hj Mat Narun Bin
Hj Mohamed - Pengerusi JKKK/Ketua Kg Belum Baru
- Pegawai-pegawai dan kakitangan RISDA Gerik, AJK
Masjid, Pegawai Masjid dan penduduk Kampung Belum Baru.
Penyampaian sumbangan kepada dua orang warga emas
Pegawai Risda Daerah menyampaikan
sendiri sumbangan wang dan bungkusan makanan di rumah dua orang penerima seperti berikut:-
1. Pn Jeriah Bt Awang Prang
Rumah Jariah Bt Awang Prang
Penyampaian sumbangan oleh Pegawai
Risda Daerah kepada Pn Jariah
2. Pn Miah Bt Haron
Rumah Pn Miah Bt Haron yg didiami bersama
dengan anak, menantu dan 2 orang cucunya
Penyampaian sumbangan oleh Pegawai
Risda Daerah kepada Pn Miah
Menyeru agar semua ahli kariah
mengambil kesempatan melipat gandakan amalan di beberapa hari terakhir bulan
Ramadham ini bagi mendapatkan keredaan dan paha berganda yang dianugerahkan
oleh Allah di bulan yang mulia ini.
- Pegawai Risda Daerah (PRD) En Abdul Rashid Bin Nafis Menerangkan bahawa
sumbangan bantuan kepada orang miskin dan perbelanjaan majlis berbuka puasa dan
more di masjid Nur Al Huda Kg Belum Baru ini adalah hasil dari kutipan wang
peribadi dari pegawai dan kakitangan RISDA Daerah dengan hasrat untuk mendapat
pahala di bulan yang mulia ini. Mengucap ribuan terima kasih kerana memberikan
kerjasama memasak untuk jamuan berbuka puasa dan moreh di Masjid Nur Al Huda Kg
Belum Baru. Mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ ADUN Kenering
dan lain-lain jemputan. Demi untuk menambah baik khidmat RISDA, beliau
sanggup menerima sebarang kritikan dari pekebun kecil kerana itulah sahaja salah
satu cara terbaik mendapatkan maklumbalas menilai kejayaan atau kelemahan perkhimatan
RISDA terhadap Pekebun Kecil.
Ucapan YDH Toh Shahbandar Hulu YB Dato’ Hj Mohd Tarmizi Bin Hj Idris
Menyeru agar mempraktikkan amalan seperti yang
disampaikan dalam Takzirah oleh Ustaz Fadzli. Kagum dengan cara pendekatan PRD (Pegawai Risda
Daerah) dalam usaha menambah baik perkhidmatan pihak RISDA untuk membantu
pekebun kecil menambahkan hasil keluaran getah pekebun kecil.
Majlis dialog
Selepas solat
Maghrib dan sementara menunggu waktu solat Isyak dan Tarawikh, satu majlis
dialog telah diadakan antara pekebun kecil yang hadir dengan pihak RISDA dan YB
Dato’ ADUN Kenering. Antara soalan dan
masalah yang dikemuka oleh pekebun kecil kepada PRD dan ADUN Kenering adalah
seperti berikut:-
- Kelewatan penyampaian bantuan anak benih setelah kebun untuk tanam semula
sudah dibersihkan yang menyebabkan pekebun kecil terpaksa melakukan kerja
berganda kerana kebun dinaiki semak semula disebabkan kelewatan anak benih
tersebut.
- Terdapat anak benih klon yang tidak bermutu
bercampur aduk dengan benih yang disampai kepada pekebun kecil untuk di tanam
semula.
- Meminta YB Dato’ ADUN Kenering dan pihak
berkuasa RISDA memberikan perhatian serius mengatasi masalah kejatuhan harga
getah yang begitu mendadak sehingga ke tahap
RM3.90 sekilo. Kejatuhan harga getah ini boleh menimbulkah kegelisahan
rakyat (pekebun kecil)
- Meminta pihak RISDA membaik pulih jalan TSB di
Hulu Bertam yang kini mengalami kerosakn yang serius.
Rumusan dan penyelesaian dari majlis dialog tersut adalah seperti
berikut:-
PRD memohon bantuan sokongan dari YB Dato’ ADUN
Kenering bagi mendapatkan satu tapak semaian RISDA di Jalan Gerik Kupang bagi
menampung keperluan jutaan anak benih getah di Hulu Perak. Tapak benih semaian
ini juga membantu memberi kemudahan untuk pihak RISDA menentukan anak benih yang
bermutu sahaja yang disemai dan disampaikan kepada pekebun kecil.-
YB Dato’ ADUN Kenering member sokongan penuh dan
meminta PRD segera membuat perbincangan dan membuat permohonan di pejabat Tanah
Gerik.
PRD mengesyorkan agar diusahakan dibuat iaitu pihak
RISDA membuat pembelian getah sendiri bagi membantu menstabilkan harga getah.
PRD meminta kakitangannya segera membuat kertas
kerja untuk membaik pulih jalan yang rosak untuk di kemukakan kepada pihak
atasan dengan kadar segera.
Ulasan:
Sesungguhnya program yang dijalankan
amat berguna sekali kepada penduduk kampong Belum Baru yang 95% adalah
merupakan pekebun kecil. Penduduk Kampung Belum Baru mengucapkan ribuan terima
kasih kepada YB Dato’ ADUN Kenering, PRD, Pegawai dan kakitangan RISDA, Pemaju
Masyarakat RISDA dari kawasan Gerik Selatan dan semua jemputan yang hadir.