Total Pageviews
Monday, December 19, 2011
7,000 Facebook ‘likes’ over Najib flag incident The Malaysian Insider
Malayisan Insider ni, jika terdapat sahaja sumber yang boleh mengaibkan atau yang boleh menampakkan seolah-olah PM/UMNO/BN hilang sokongan rakyat, cepatlah berita dan ulasannya.
Pelajar IPT di seluruh Malaysia sekarang jika saya tidak silap, hampir mencecah 100,000 orang. Jika 7,000 orang sahaja yang 'like' adakah itu membawa maksud semua pelajar seluruh negara menyokong Adam Adli dengan perbuatan kurang ajarnya.
Katakanlah pertambahannya meningkat hingga menjadi 10,000. Mana lagi yang 90,000 tersebut?. Adakah Malaysian Insider turut sama membuat bancian pelajar IPT di seluruh negara yamg tidak menyokong Adam Adli. Terdapat berpuluh ribu orang lagi mahasiswa sedang tekum belajar dan seterusnya tidak mahu masuk campur kerana mereka lebih pentingkan pelajaran daripada mengambil tahu perbuatan bodoh Adam Adli.
Mungkin sikap mahasiswa yang kurang ajar seperti inilah puncanya segelintir mahasiswa Melayu di Universiti yang tidak mendapat kecermerlangan dalam pembelajaran mereka. Pelajar Cina dan India tekun belajarmanakala pelajar Melayu pula asyik dengan berpolitik dan menyertai pergerakan menyokong pembangkang. Bila tamat belajar nanti, keputusan ijazah mereka tidak setanding dengan kelulusan pelajar Cina dan India. Bila bersaing mencari pekerjaan, mereka jauh tetinggal di belakang. Akhirnya kerajaan juga yang akan dipersalahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment