Total Pageviews

Friday, March 30, 2012

PENULIS MALAYSIAKINI YANG TIDAK RASIONAL

Setinggi-tinggi simpati kita semua di atas pemergian seorang pemuda Cheah Kok Leong. Kematian akan datang menemui sesiapa juga. Tak kira yang tua, yang muda, kanak-kanak, bayi. Dan sebab kematian juga datang dalam pelbagai sebab. Kita bersimpati kepada keluarga yang kehilangan seorang keluarga yang di kasihi. Tidak ada ibubapa yang penyayang yang tidak bersedih dengan pemergian anak yang dikasihi.

Tetapi bila membaca komen/berita dalam Malaysiakini >klik disini< semacam ada sesuatu yang mahu diperbesarkan walaupun tidak ada pengesahan dari pakar. Apakah penulis atau pihak Malaysiakini sudah membuat penyelidikan?.

Beberapa ratus kilometer radius sekeliling dari Bukit Merah tempat dimana dikatakan punca ibu Cheah Kok Leong terkena sinaran radio aktif semasa mengandung Mendiang Cheah, terdapat berpuluh ribu lagi manusia dari bayi hingga ke paling tua sedang merana akibat kecacatan genetik dan saraf. Apakah yang berpuluh ribu itu juga mahu dikaitkan dengan kilang rare earth di Bukit merah?.

Saya membuat kesimpulan bahawa penulis telah bersikap double standard dan melampau dengan membuat rumusan sedemikian. Apakah kecacatan genetik semestinya berpunca dari sinaran radio aktif sahaja dan kecacatan genetik hanya terdapat di Bukit Merah sahaja?. Jika deimikian saya terpaksalah menerima rumusan penulis dalam Malaysiakini ini.

Tetapi jika hanya kerana serkap jarang atau hanya membuat kesimpulan bersandarkan andaian sahaja tanpa di sahkan oleh penyelidik dan pemeriksaan pakar, saya rasa penulis adalah seorang prejudis, pelampau dan kerjanya hanya mencari peluang untuk menghubung kaitkan sesuatu kejadian dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja.

Saya cadangkan penulis cubalah buat lawatan menyelidik sambil menderma kebahagian rawatan kecacatan genetik/saraf di hospital kerajaan dan swasta diseluruh negara. Daripada meracau mencari kesalahan orang, alangkah baiknya masa dan kemampuann yang ada itu digunakan untuk membantu beribu-ribu orang sedang menerima rawatan disana kerana berpunca dari kecacatan genetik dan saraf. Mereka semuanya tinggal jauh dari Bukit Merah.

Tidakkah penulis Malaysiakini bersedia untuk menghubungkaitkan rokok dengan pengidap kancer paru-paru, penyakit TB dan penyakit masalah pernafasan. Perokok dan orang yang selalu menyedut asap rokok walaupn bukan perokok memang sudah disahkan oleh pakar. Ianya boleh dikatakan "penularan wabak" kerana ramai manusia diseluruh dunia terlibat. Ini lebih tinggi darjah kebaikannya daripada membuat kesimpulan yang tak tahu hujung pangkalnya.


Tuesday, March 27, 2012

DEMONTRASI MEMBANTAH DAN MENGUTUK ANWAR IBRAHIM KERANA BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI


Dizaman sains dan teknologi masakini rasanya jika mahu membantah atau menunjukkan perasaan, maka tak perlulah sampai ke tahap berguling dan tidur di atas jalanraya menghalang kereta sultan. Juga tak payahlah sampai ke tahap kena sedut gas pemedih mata atau mandi air kimia FRU. Atau memanjat tiang bendera bagi menurunkan gambar pemimpin negara.

Demikianlah disiplin tinggi yang di tunjukkan oleh Ahli Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Hulu Perak di perkarangan Dewan Persidangan Gerik pada 25 Mac 2012 jam 5.45 petang hingga jam 5.45 petang. Demonstrasi ini dijalankan sebaik sahaja mereka selesai mesyuarat agong pertama Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Hulu Perak. Mereka mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah perbuatan Anwar Anwar Ibrahim yang didakwa mereka telah bersekongkol dengan Yahudi iaitu dengan cara menerima dana dari NGO Yahudi bagi gerakan menjahanamkan ketenteraman dinegara ini.

Mereka juga mendesak KDN menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim kerana dianggap mensabotaj negara Malaysia apabila menerima bantuan asing yang merupakan NGO Yahudi/Israel, sebuah negara pengganas dan tidak mempunyai perhubungan diplomatik dengan negara Malaysia.

Jika puak-puak pro pembangkang mendakwa zaman sekarang orang semua sudah cerdik dan tak boleh ditipu oleh kerajaan/UMNO/BN, maka dakwaan sedemikian juga memberi makna bahawa majoriti rakyat Malaysia juga tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Justifikasinya jika pihak lain membantah dan mengutuk Anwar Ibrahim, itu menunjukkan bahawa pihak yang tidak menyokong Anwar Ibrahim dan penyokong kerajaan juga tidak boleh ditipu dengan penipuan, auta, putar belit dan pidato bohong Anwar Ibrahim.

Jika benar mahu menegakkan keadilan di Malaysia mengapa perlu meminta dana dari Yahudi. Bayaran baliknya tentulah mahal. Bukan boleh dibayar dengan wang ringgit lagi tetapi dengan menghulur kedaulatan negara untuk dijajah sekali lagi. Kita akan menjadi hamba kepada pihak yang sedang memusnahkan Islam. Itukah yang dimahukan oleh rakyat Malaysia?. Atau lebih tepat lagi penyokong tegar Anwar Ibrahim?.

 Lagi gambar-gambar suasana di lokasi
demonstrasi yang sempat dirakamkan