Setinggi-tinggi simpati kita semua di atas pemergian seorang pemuda Cheah Kok Leong. Kematian akan datang menemui sesiapa juga. Tak kira yang tua, yang muda, kanak-kanak, bayi. Dan sebab kematian juga datang dalam pelbagai sebab. Kita bersimpati kepada keluarga yang kehilangan seorang keluarga yang di kasihi. Tidak ada ibubapa yang penyayang yang tidak bersedih dengan pemergian anak yang dikasihi.
Tetapi bila membaca komen/berita dalam Malaysiakini >klik disini< semacam ada sesuatu yang mahu diperbesarkan walaupun tidak ada pengesahan dari pakar. Apakah penulis atau pihak Malaysiakini sudah membuat penyelidikan?.
Beberapa ratus kilometer radius sekeliling dari Bukit Merah tempat dimana dikatakan punca ibu Cheah Kok Leong terkena sinaran radio aktif semasa mengandung Mendiang Cheah, terdapat berpuluh ribu lagi manusia dari bayi hingga ke paling tua sedang merana akibat kecacatan genetik dan saraf. Apakah yang berpuluh ribu itu juga mahu dikaitkan dengan kilang rare earth di Bukit merah?.
Saya membuat kesimpulan bahawa penulis telah bersikap double standard dan melampau dengan membuat rumusan sedemikian. Apakah kecacatan genetik semestinya berpunca dari sinaran radio aktif sahaja dan kecacatan genetik hanya terdapat di Bukit Merah sahaja?. Jika deimikian saya terpaksalah menerima rumusan penulis dalam Malaysiakini ini.
Tetapi jika hanya kerana serkap jarang atau hanya membuat kesimpulan bersandarkan andaian sahaja tanpa di sahkan oleh penyelidik dan pemeriksaan pakar, saya rasa penulis adalah seorang prejudis, pelampau dan kerjanya hanya mencari peluang untuk menghubung kaitkan sesuatu kejadian dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja.
Saya cadangkan penulis cubalah buat lawatan menyelidik sambil menderma kebahagian rawatan kecacatan genetik/saraf di hospital kerajaan dan swasta diseluruh negara. Daripada meracau mencari kesalahan orang, alangkah baiknya masa dan kemampuann yang ada itu digunakan untuk membantu beribu-ribu orang sedang menerima rawatan disana kerana berpunca dari kecacatan genetik dan saraf. Mereka semuanya tinggal jauh dari Bukit Merah.
Tidakkah penulis Malaysiakini bersedia untuk menghubungkaitkan rokok dengan pengidap kancer paru-paru, penyakit TB dan penyakit masalah pernafasan. Perokok dan orang yang selalu menyedut asap rokok walaupn bukan perokok memang sudah disahkan oleh pakar. Ianya boleh dikatakan "penularan wabak" kerana ramai manusia diseluruh dunia terlibat. Ini lebih tinggi darjah kebaikannya daripada membuat kesimpulan yang tak tahu hujung pangkalnya.
No comments:
Post a Comment