Total Pageviews

Sunday, April 29, 2012

PEMANDU KERETA PERONDA PENGSAN SEBELUM KENDERAAN MEREMPUH PERUSUH

By Anisah Shukry
KUALA LUMPUR, April 29 — The policeman behind the wheel of a patrol car that crashed into several Bersih protesters yesterday said he was unconscious during the incident.

Berita penuh sila klik  > di sini <

Itulah akibatnya jika berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Kereta peronda tersebut sedang menjalankan tugas. Bukan niat dia nak merempuh orang kurang siuman Bersih itu. Tetapi perusuh Bersih telah membuat tindakan tidak siuman terhadapnya.

Mereka ketuk kepala polis (pemandu) hingga pengsan. Dalam keadaan pengsan kaki anggota polis tersebut tertekan pedal minyak lalu meluru merempuh pendemo. Siapa yang salah?.

Nasib baiklah pada masa itu polis tersebut tidak memegang senjata HK MP5 dalam "cock" dengan fully automatic ditangan untuk mempertahankan diri. Jika tidak tentu ramai yang mati kena peluru sesat kerana bila orang tidak sedar diri atau hampir tidak sedar diri tentu tangannya akan meramas triger senjata tersebut secara tidak sedar.

Lain kali sebelum buat sesuatu fikirlah dulu. Pertama sekali yang perlu difikirkan bahawa perusuh tidak akan menang kerana pasukan keselamatan (askar dan polis) terdiri dari anggota terlatih yang sanggup mati kerana tugas. Mereka dilengkapi senjata dan mereka diamanahkan sebagai agen penguat kuasa undang-undang.

Malaysia bukan sebuah negara yang dzaif dimana rakyatnya menderita. Majoriti rakyat gembira dengan keamanan yang ada. Tiada peluang lansung pihak pembangkang untuk memenangi hati rakyat menyokong perbuatan sabotaj terhadap kerajaan seperti yang berlaku di Mesir dan Libya dsbnya. Puak pembangkang hanya sengaja mewujudkan senario kononnya Malaysia huru hara dan kerajaan zalim atas kepentingan peribadi dan politik rasis.  



No comments: