Saya adalah pelanggan tetap ASTRO family pacage yang termasuk channel rencana dan channel sport. Antara saluran yang saya amat minati adalah saluran rencana iaitu dari channel 511 hingga rencana 575 dan saluran sukan dari channel 801 hingga 834.
Saya dapati bahawa dalam channel 571 (Discovery Channel HD), pihak penyiaran ASTRO telah tidak berlaku adil dan telah mendiskriminasikan BAHASA MELAYU dalam subtitlenya. Setahu saya perkara ini sudah lama berlaku semenjak saya melanggan ATRO BYON beberapa bulan yang lalu. Puda mulanya saya menyangkakan ianya tidak disengajakan atau menghadapi masalah teknikal. Tetapi nampaknya ASTRO sengaja membiarkan perkara itu berterusan dan sengaja menganak tirikan Bahasa Melayu dengan hanya mengadakan satu sahaja pilihan subtitle iaitu yang berbahasa Cina. Buktinya sila lihat gambar yang saya sertakan yang saya rakamkan semasa channel 571 (Discovery Channel HD) disiarkan antara jama 2100 hingga jam 2200 pada 18 Ogos 2013.
ASTRO perlu ingat bahawa ASTRO adalah produk Malaysia dan diberi kuasa monopoli TV satelite oleh kerajaan Malaysia yang bahasa kebangsannya adalah Bahasa Melayu. Di Thailand, semua film atau rencana dialih bahasakan ke bahasa Thai sebagai mengagungkan bahasa Thai di negara orang Thai. Tetapi di Malaysia nampaknya pengendali ASTRO lupa bahawa lesen monopoli mereka diberikan dengan ehsan kerajaan Malaysia sebaliknya besar kepala dengan tidak mengutamakan Bahasa Melayu.
Saya bukanlah anti bahasa Inggeri dan saya juga boleh berbahasa Inggeris walaupun tidaklah sebijak pakar bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia, setiap rakyat Malaysia mesti menghormati Bahasa Melayu yang menjadi tunjang Bahasa Kebangsaan Malaysia. Lebih-lebih lagi media letronik "TV Satelite" yang diberi lesen oleh kerajaan sehingga mendapat taraf "monopoli" kerana ianya boleh mempengaruhi orang ramai.
Semoga kerajaan memberi perhatian serius atas perkara ini kerana setiap perkara besar bermula dari perkara yang kecil.
Total Pageviews
Sunday, August 18, 2013
Tuesday, July 30, 2013
INILAH AKIBATNYA KERAJAAN TERLALU MENGIKUT TELUNJUK PEMBANGKANG HAPUSKAN ISA
Insiden seperti inikah yang kita sebagai rakyat Malaysia inginkan?
Orang Cina dan etnik bukan islam yang lain harus faham bahawa, mereka dapat menikmati kekayaan dan hidup senang lenang sekarang adalah hasil dari sikap teloransi orang melayu/Islam. Tetapi budak-budak Cina ini tidak faham. Mereka ingat segala kemewahan dan keamanan yang wujud sekarang diperolehi dengan mudah dan percuma.
Mereka tambah besar kepala kerana terdapat kalangan orang Melayu/Islam dalam pembangkang yang terlalu kemarukkan kuasa politik sampai tidak sedar akan risiko yang dihadapi oleh melayu/Islam dinegara ini dengan perbuatan mereka mengeksploitasikan politk keagamaan hingga menyebabkan bukan islam tidak lagi menghormati agama islam dan hak orang melayu lagi.
ISA tidak akan dimansuhkan dengan hanya desakan dari Cina dan India rasis. Tetapi ahli politik Melayu/Islam dalam pembangkang sendiri yang menyokong ISA dihapuskan kononnya menyekat hak kebebasan rakyat. Tetapi mereka lupa bahawa perbuatan mereka itu umpama bersubahat dengan orang kafir melepaskan harimau dalam kurungan untuk membaham orang Melayu/Islam sendiri.
Ingatan TPM Kita >BACA DISINI< umpama "menyiram air di daun keladi". Jika penghina ini ditangkap dan dihukum sekalipun, ianya sudah pasti bukan hukuman bunuh atau penjara yang lama. Itu tidak jadi hal. Akan wujud pula penghina yang lain. Ianya kan berterusan hingga akhirnya akan memusnahkan keharmonian dan keamanan negara.
Telah terbukti sejak sejak sekian lama bahawa hanya ISA sahaja yang dapat membendungnya.
Sunday, July 14, 2013
DELIMA PEKEBUN KECIL GETAH
GAMBAR DALAM SATU MAJLIS ANJURAN RISDA SEMASA MENYAMPAIKAN BANTUAN KERANA KEJATUHAN HARGA GETAH SECARA ONE OFF RM500.00 KEPADA PEKEBUN KECIL YANG DIADAKAN DI PERKARANGAN PEJABAT RISDA DAERAH GERIK, PERAK.
Jika tidak ada program bantuan tanam semula oleh pihak berkuasa RISDA, sebahagian besar dari pekebun kecil tidak mampu menanam semula dengan pelbagai input pertanian seperti yang diberi bantuan oleh pihak bekuasa RISDA. Terima kasih atas dedikasi semua pegawai RISDA Gerik semua peringkat (khasnya) dan kepada seluruh Pihak Berkuasa RISDA Malaysia (Amnya).
DELIMA PEKEBUN KECIL GETAH
Tertarik juga bila
mendengar perbahasan di Parlimen pagi ini – 15 Julai 2013.
Sebagai seorang pekebun
kecil, saya amat tertarik dengan isu yang dibawa oleh YB dari Sik Kedah. Beliau
mahu kepastian mengapa hanya tuan punya kebun sahaja diberi bantuan RM500.00 secara
one off sedangkan pekerja penoreh yang tidak ada kebun tidak diberikan bantuan.
Pada pendapat saya perkara pertama yang
diambil kira oleh kerajaan dalam memberikan bantuan ini adalah keluasan kebun 2
½ Hektar atau lebih kurang 6 ekar ke bawah.
Kerajaan adalah tepat
bila mengandaikan bahawa tuan punya kebun yang keluasan kebunnya 2 ½ hektar (6
ekar) adalah pekebun yang berpendapatan rendah dan terjejas teruk dengan kejatuhan harga getah sekarang. Purata yang memiliki keluasan kebun sebegini adalah pekebun bumiputera.
Sebagai tuan punya kebun
getah, banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa ditanggung. Antaranya adalah
seperti berikut:-
1. Mengusaha membersihkan hutan, mengadakan
infrastruktu mana yang terdaya dan menanam getah yang memakan masa 4 ½ hingga ke 8 tahun sebelum pokok itu matang
boleh ditoreh dan menerima hasil.
2. Tempoh penjagaan yang lama dan kerja-kerja/kos menggantikan
pokok yang mati akibat penyakit dan serangan binatang liar seperti babi, gajah,
monyet dll.
3. Membaja, meracun dan mencuci kebun. Jika tuan
punya kebun adalah individu yang telah berumur atau tidak berdaya terpaksa keluar
belanja tambahan mengupah pekerja melaksanaka kerja-kerja tersebut.
4. Pada asasnya
jika tanaman tersebut mendapat bantuan RISDA bantuan yang diberikan agak mencukupi secara asasnya dengan 6 kali
bayaran bantuan dan bantuan baja, racun dll dalam tempoh jangkaan 3 ke 4
tahun. Tetapi ini hanya untuk bantuan tanaman
sahaja. Bukan bantuan sara diri sepanjang tempoh penjagaan kebun sehingga boleh
ditoreh.
5.
Bila pokok getah sudah matang dan di toreh, tuan
punya kebun perlu juga mengeluarkan perbelanjaan membeli baja dan racun rumpai
dalam jarak masa 3 atau 4 bulan sekali. Jika menerima bantuan tanam semula
RISDA, ada sedikit bantuan kewangan yang diberikan baki dari input pertanian
yang diberikan setiap 6 bulan itu tetapi ianya jauh dari cukup untuk sara hidup
sepanjang tempoh pembesaran getah hingga matang untuk ditoreh.
6. Pengeluaran hasil pula tidak konsisten kerana
dalam tempoh setahun itu, pelbagai rintangan alam semulajadi datang melanda.
Musim tengkujuh, musim pokok meluruh daun, musim pokok berpucuk, kepanasan atau
kemarau yang melampau, ancaman binatang liar ke atas kulit pokok dan gangguan
jalan dalam kebun yang rosak atau licin.
Jika saya diberi peluang
untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB dari Sik di perbahasan dalam parlimen, maka jawapannya adalah seperti berikut:-
1. Tuan punya kebun getahlah yang berhak keatas
kebunnya. Bukannya penoreh.
2. Tuan punya Kebun getah seluar 2 ½ hektar (6
ekar) kebawah adalah dikira berpendapatan rendah lebih-lebih lagi bila harga
getah rendah dan kerja-kerja menorah dan mengeluarkan hasil tidak berjalan
dengan lancar.
3. Jika tuan punya kebun getah tidak berdaya menoreh
sendiri maka terpaksa mengupah (bukan menggaji) penoreh getah yang rela
melakukan kerja-kerja tersebut.
4. Jika mengupah pekerja penoreh getah, hasilnya di
bahagi 2 secara purata. Contohnya jika harga jualan untuk 6 hari kerja menoreh adalah
RM600.00, maka tuan punya kebun dapat RM300.00 dan penoreh dapat RM300.00 juga.
Tetapi tuan punya kebun perlu mengenepikan sebahagian dari pendapatan tersebut sebagai simpanan untuk
membeli baja, racun, penggalak susu dll input pertanian dan mengupah pekerja apabila sampai masanya nanti. Manakala
pekerja penoreh getah boleh enjoy 100% atas hasil jualan getah tanpa memikirkan
apa-apa risiko mendatang.
Itulah sebahagian dari senario
yang dihadapi oleh tuan punya kebun getah. Banyak lagi yang boleh diperincikan
disini tetapi akan memakan banyak ruang penulisan.
Jika diambil kira seperti
apa yang saya terangkan diatas, tuan punya kebun getah lebih miskin dari
penoreh kebun getahnya.
JIKA ADA CADANGAN UNTUK
MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA PENOREH YANG TIDAK MEMPUNYAI KEBUN, SAYA JUGA
BERSETUJU DAN MEMBERI SOKONGAN SEPENUHNYA DENGAN ALASAN MEMBERI BANTUAN KEPADA "RAKYAT MISKIN". TETAPI BUKAN
MERAMPAS ATAU MENGECILKAN HAK TUAN PUNYA KEBUN GETAH ATAU MENJADIKAN KEBUN
GETAH TEMPAT PENOREH ITU BEKERJA SEBAGAI CAGARAN UNTUK PENOREH MENDAPAT
BANTUAN.
Manakala penoreh getah
sepatutnya perlu berterima kasih kepada tuan punya kebun getah kerana dengan
membawa sebilah pisau menoreh getah sahaja mereka sudah ada punca pendapatan yang melebihi
dari tuan punya kebun getah itu sendiri. Manaka tuan punya kebun getah
menghadapi bermacam risiko selagi kebun getah itu menjadi miliknya.
Tidak seperti pengurusan
estet, pengurusan pekebun kecil hanya semata-mata atas dasar kerelaan hati dan
saling bekerjasama antara tuan punya kebun dan penoreh. Hasil dibahagi dua dan
segala perbelanjaan pengurusan kebun ditanggung oleh tuan punya kebun.
Pada pendapat saya, selain dari Bantuan Tanam Semula dan Bantuan Insentif lain oleh pihak berkuasa RISDA, perkara yang paling berkesan membantu pekebun kecil dan penoreh yang tidak mempunyai kebun adalah berusaha menaikkan harga getah. Dengan harga getah yang ada sekarang, kesan keatas penurunan pendapatan pekebun kecil amat ketara sekali. Ini telah menjejaskan kesejahteraan penduduk.
Hanya sebagai pandangan untuk dikongsi bersama. Terima kasih.
Thursday, July 4, 2013
QOMAT DAN SEMBAHYANG MENGIKUT AJARAN SYIAH
BERJAGA-JAGA UMAT SIALAM DI MALAYSIA
Qomat dan sembahyang mengikut ajaran syiah
Di petik dari fb yang di upload oleh seorang admin. Tatacara sembahyang seperti ini adalah sembahyang mengikut ajaran Syiah yeng bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah dari mazhab Syafie yang kita amalkan.
Ajaran ini diharamkan di Malaysia kerana ia boleh mendatangkan perpecahan ummah.
Berhati-hatilah jika ada yang mengajak kita mengikut ajaran ini. Cukuplah kita berpecah sesama islam dalam UMNO dan PAS. Tak payahlah menambah kecelaruan lagi.
Qomat dan sembahyang mengikut ajaran syiah
Di petik dari fb yang di upload oleh seorang admin. Tatacara sembahyang seperti ini adalah sembahyang mengikut ajaran Syiah yeng bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljamaah dari mazhab Syafie yang kita amalkan.
Ajaran ini diharamkan di Malaysia kerana ia boleh mendatangkan perpecahan ummah.
Berhati-hatilah jika ada yang mengajak kita mengikut ajaran ini. Cukuplah kita berpecah sesama islam dalam UMNO dan PAS. Tak payahlah menambah kecelaruan lagi.
Friday, May 3, 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH DAN KEMPEN AMALAN PERTANIAN BAIK (GAP) RISDA HULU PERAK, GERIK, PERINGKAT STESEN GERIK UTARA DAN GERIK SELATAN.
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AKIBAT KEJATUHAN HARGA GETAH DAN KEMPEN AMALAN PERTANIAN BAIK (GAP) RISDA HULU PERAK, GERIK, PERINGKAT STESEN GERIK UTARA DAN GERIK SELATAN.
Berikut adalah sedikit keterangan berhubung dengan program dan rakaman gambar yang sempat dirakamkam di majlis berkenaan.
> baca disini <
Thursday, May 2, 2013
ADAKAH UMAT ISLAM BERANI BERSUMPAH LAKNAT DEPAN KAABAH JIKA TIDAK BENAR?
Sebagai seorang Islam yang patuh dan taat dan memegang teguh 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman, adakah individu berkenaan berani berumpah laknat didepah kaabah?. Inilah yang dilakukan oleh Mohd Saful Bukhari yang mendawa dirinya di liwat oleh Anwar Ibrahim. Samada mahu mempercayainya atau menganggapnya ianya adalah pembohongan Mohd Saiful itu terpulang kepada presepsi masing-masing.
Tonton video tersebut di sini
Tuesday, April 30, 2013
BANTUAN SUBSIDI PEKEBUN KECIL - PEJABAT RISDA DISERBU
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482809408452722&set=a.482809378452725.1073741833.260062347394097&type=1&theater
Berikutan pengumuman Pihak berkuasa RISDA memberikan subsidi RM500.00 kepada Pekebun Kecil, pejabat RISDA Daerah Gerik telah diserbu oleh pekebun kecil bagi membuat tuntutan dan mengemukakan pelbagai masalah yang berkaitan dengannya.
Dengan berkat kesabaran dan ketenangan Pegawai yang bertugas, hampir semua masalah yang dikemukakan dapat diselesaikan.
Bagi memastikan semuanya dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan, pegawai RISDA berkenaan terpaksa bertugas di hujung minggu dan di hari kelepasan Am.
Terima kasih kepada Pegawai disemua peringkat dan kakitang pejabat RISDA Gerik atas dedikasi anda semua dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepda masyarakat pekebun kecil.
Berikutan pengumuman Pihak berkuasa RISDA memberikan subsidi RM500.00 kepada Pekebun Kecil, pejabat RISDA Daerah Gerik telah diserbu oleh pekebun kecil bagi membuat tuntutan dan mengemukakan pelbagai masalah yang berkaitan dengannya.
Dengan berkat kesabaran dan ketenangan Pegawai yang bertugas, hampir semua masalah yang dikemukakan dapat diselesaikan.
Bagi memastikan semuanya dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan, pegawai RISDA berkenaan terpaksa bertugas di hujung minggu dan di hari kelepasan Am.
Terima kasih kepada Pegawai disemua peringkat dan kakitang pejabat RISDA Gerik atas dedikasi anda semua dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepda masyarakat pekebun kecil.
LAWATAN DATO' HJ MOHD TARMIZI BIN HJ IDRIS KE PEKAN SEHARI SELASA KG BELUM BARU
Pada 30 April 2013, lebih kurang jam 5.00 petang, Calon BN bagi DUN Kenering Toh Shahbandar Hulu Dato Hj Mohd Tarmizi Bin Idris turun padang melawat Pekan Hari Selasa Kampung Belum Baru bagi beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di Pekan Hari tersebut.
Beliau diringi oleh Tn Hj Abdul Latif yang merupakan Ketua PDM Belum Baru. Pak Tok (Panggilan mesra kepada beliau) adalah tidak asing lagi bagi rakyat di DUN Kenering beliau adalah bekas ADUN Kenering yang lalu yang memang terkenal dikalangan rakyat atas sifat beliau yang sangat perihatin dengan kehendak rakyat. Beliau telah disambut mesra oleh semua golongan peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari tersebut.
Seterusnya beliau berhenti minum petang dan beramah mesra dengan petugas jentera parti di Bilik Gerakan yang kebetulan terletak dalam kawasan Pekan sehari. Minum petang disediakan oleh wanita "jalinan Rakyat".
Beliau beredar dari tapak Pekan sehari lebih kurang jam 6 petang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan beliau:-
Beliau diringi oleh Tn Hj Abdul Latif yang merupakan Ketua PDM Belum Baru. Pak Tok (Panggilan mesra kepada beliau) adalah tidak asing lagi bagi rakyat di DUN Kenering beliau adalah bekas ADUN Kenering yang lalu yang memang terkenal dikalangan rakyat atas sifat beliau yang sangat perihatin dengan kehendak rakyat. Beliau telah disambut mesra oleh semua golongan peniaga dan pengunjung di Pekan Sehari tersebut.
Beliau seterunya membuat lawatan menziarah isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum. Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed sakit akibat komplikasi kencing manis yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.
Beliau beredar dari tapak Pekan sehari lebih kurang jam 6 petang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan beliau:-
Menziarahi isteri kepada Tn Hj Mohd Najib - Ketua Cawangan Kg Belum.
Pn Hjh Melah Bt Hj Mohamed yang sakit akibat komplikasi kencing manis
yang serius sejak beberapa tahun yang lalu.
DATUK NIK AZIZ PUN MEMERLUKAN KEMEWAHAN HIDUP JUGA
Zuhudnya
Tuan Guru Nik Aziz. Dia sering melebelkan pemimpin UMNO/BN semuanya
rasuah, zalim kepada rakyat, menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan
suka buat fitnah. Memang diakui bahawa tiada pemimpin dalam UMNO
lebih-lebih lagi BN yang begitu zuhud
hingga melupakan kemewahan dunia. Tetapi taklah semuanya berkepentingan
diri. Jika semua mereka bersikap sedemikian, maka negara kita dah lama
lingkup. Maklumlah semua pemimpin UMNO/BN rasuah, zalim kepada rakyat,
menolak Islam, mengumpul harta, duniawi dan suka buat fitnah. Tetapi
UMNO/BN tahu bahawa setiap manusia tidak kira dalam politik apa atau status agama tetap tidak dapat lari dari bernafsu. Hanya undang-undang sahaja
yang boleh mengawal. Itupun bukan semuanya dapat dibendung.
Tetapi rupa-rupanya, Datuk Nik Aziz sendiri pun bukan seperti yang digambarkan. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kepentingan dan memerlukan kemewahan.
Maknanya apa yang dikhabarkan tidaklah serupa dengan yang nyata:-
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_12/Nik-Aziz-milik-tanah-bernilai-lebih-RM10-juta
Tetapi rupa-rupanya, Datuk Nik Aziz sendiri pun bukan seperti yang digambarkan. Dia juga manusia biasa yang mempunyai kepentingan dan memerlukan kemewahan.
Maknanya apa yang dikhabarkan tidaklah serupa dengan yang nyata:-
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_12/Nik-Aziz-milik-tanah-bernilai-lebih-RM10-juta
Jika demikianlah "zuhudnya" Datuk Nik Aziz hanya kerana makan dengan tangan dan nasi bungkus, apakah Datuk Pa (seperti dalam gambar dibawah ini) yang merupakan calon BN di Jeli juga tidak "sezuhud" Datuk Nik Aziz?. Tetapi Datuk Pa tak terdengar pula memiliki harta sebanyak kepunyaan Datuk Nik Aziz. Walaupun Datuk Pa bukan guru agama tetapi dia masih tahu membezakan yang hak dengan yang bathil.
Subscribe to:
Posts (Atom)