Total Pageviews
Friday, April 29, 2011
BEGINIKAH CARANYA HUKUM ISLAM MAHU DILAKSANAKAN?
Siapakah yang sebenarnya melanggar peraturan dalam viseo seperti diatas.
Ikhlas dan khusyuk ke sembahyang tu?. Tuan-taun guru dan ustaz yang mengajar mengatakan bahawa untuk mendapat keredaan dan permohonan kita diterima oleh Allah, maka kita kena khusyuk dan tawadhu'. Hanya beberapa kerat jemaah yang didewan sembahyang bahagian bawah sahaja yang riuh rendah. Sama banyak dengan pemberita sahaja. Mereka-mereka para jemaah yang waras dan tahu tatertib masjid kelihatan menjadi penonton di tingkat atas. Macam menonton sarkas sahaja.
Ketua AMK meminta supaya Dato' Trio mengemukakan 4 orang saksi yang melihat perbuatan DSAI berzina. Jika tidak Ketua Pemuda AMK akan meminta Pejabat agama mengenakan tuduhan Qazaf terhadap Dato' T. Pada pandangan saya Dato' T ada hampir 20 saksi yang menyaksikan tayangan video di Caracoca Sri Negara. Bukankah itu sudah melebihi 4 orang saksi yang diperlukan. Dan secara logiknya, semasa dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita bersetubuh, tidak masuk akal langsung bahawa dalam bilik yang sedemikian kecil membolehkan 4 orang manusia yang waras dan sempurna dapat bersembunyi untuk menyaksikan perzinaan tersebut. Dan mustahil pula kedua mereka membenarkan 8 biji mata melihat mereka melakukan perbuatan sumbang mereka.
Dato' T sekarang sedang disiasat oleh polis atas dakwaan menayangkan video lucah yang kebetulan pula dikatakan 'pelakunnya' mempunyai persamaan wajah dengan DSAI dan seorang perempuan Cina. Dikatakann juga hasil siasatan sudah diserahkan kepada peguam negara untuk tindakan atau pendakwaan. Dimanakah dakwaan mengatakan polis tidak mengambil sebarang tindakan setelah lapuran polis di buat.
Tidak bolehkah kita menunggu hingga polis dan peguam negara melaksanakan tindakan berasaskan hasil siasatan oleh pihak polis. Jikalau peguam negara tidak begitu teliti dan mengambil berat, mengapa peguam negara mengembalikan kepada pihak polis hasil lapuran siasatan. Peguam negara memerlukan beberapa perkara penting yang perlu di kemaskan bagi membolehkan sebarang tindakan pendakwaan atau sebagainya.
Apakah pembuktian pihak polis terhadap kes ini telah begitu cukup sempurna dan cukup pembuktiannya hingga pihak penyokong DSAI terpaksa beralih menggunakan Qazaf terhadap Dato'T sebagai alternatif. Adakah melalui undang-undang biasa, DSAI tidak lagi mendapat pembelaan bagi membuktikan dia tidak bersalah?.
Persoalannya disini, sebagai seorang Muslim dan pendokong agama Islam, kita mahu agar sebarang perbuatan mungkar dan kesalahan besar seperti berzina, liwat, rogol, bunuh, fitnah dihapuskan atau dibanteras. Nampaknya dalam keadaan dimana DSAI masih lagi tidak dituduh dan kesnya masih dalam siasatan mengapa tiba-tiba sahaja Dato' T mahu di kenakan tindakan Qazaf. Siapakah yang didakwa (difitnahkan) berzina oleh Dato'T. Dia hanya membawa bukti yang berdasarkan presepsinya untuk siasatan lanjut. Mungkin yang berlakun dalam video sek itu bukan DSAI atau orang islam. Adakah Dato' T telah menjaja sekeliling negara menuduh DSAI berzina sedangkan buktinya tiada. Jika setelah pihak polis menjalankan siasatan mendapati bahawa Dato' T tidak mempunya sebarang alasan dan bukti yang kukuh, maka pada masa itu bolehlah Dato' T dikenakan Qazaf. Mengapa beria-ia hendak mengheret Dato' T sedangkan siasatan masih berjalan. Apakah begitu buruk sekali undang-undang Islam kita sehingga seseorang itu langsung tak boleh membuka mulut untuk mengenengahkan satu perbuatan mungkar (berzina) walaupun dia ada bukti selain dari saksi bahawa terdapat orang Islam tertentu telah berzina. Untuk membuktikan dia di pihak yang benar, Dato' T sudah bersumpah mubalah. Itukan satu pembuktian yang diterima oleh Islam. Manakala saksinya hendaklah dipanggil kehadapan hakim semasa perbicaraan. Jikalau perbicaraan DSAI sudah tertangguh lebih 50 kali apakah justifinya pihak polis dan peguam negara perlu begitu tergesa-gesa kerana sebagai pengamal undang-undang, Ketua Pemuda AMK tentu tahu akan akibatnya sesuatu pendakwaan jika tidak sempurna akan dibuang kes, atau ditangguhkan. Saya juga ingin membuat pertanyaan, adakah membuat kecoh, menjerit-jerit, cabar mencabar seperti yang berlaku dalam masjid diatas dibolehkan dalam Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment