Total Pageviews
Friday, April 29, 2011
VIDEO PERIHAL SUMPAH MUBALAH OLEH DSAI DAN TOKOH AGAMA
Dengan hormatnya saya meminta semua pihak menilai sendiri kandungan video diatas. Dan bandingkan ianya dengan video2 berikut. Carilah kebenaran. Elakkan kemungkaran dan fitnah. Jangan terlalu ikutkan andaian sendiri. Yang benar tetap benar. Yang bersalah jikalau terlepas hukum didunia, hukum diakhirat sedang menunggu. Dan jika diizinkan Allah di dunia inipun sudah mula dirasai.
Bagi saya dan tuan-tuan yang bukan bijak pandai dalam agama, apakah yang didebatkan dalam video clip ini masih tidak dapat menjelaskan kekeliruan berhubung dengan sumpah mubalah. Apa lagi yang dapat dilakukan oleh seorang manusia Islam untuk membuktikan dia telah menyaksikan satu perbuatan zina tetapi tidak dapat mengemukan 4 orang saksi yang amat mustahil baginya. Seperti yang diterangkan oleh Dr Mohd Asri didalam video ini orang teraniaya atau untuk pembuktian bagi menegakkan kebenaran selain dari 4 orang saksi satu kaedah pembuktian yang dinamakan "QARINAH" iaitu kaeadah pembuktian yang lain boleh diguna pakai. (Sila tonton video ini hingga selesai). Disamping itu tidakkah sumpah mubalah ini boleh diguna pakai sebagai satu pembuktian atau saksi juga?. Sumpah mubalah oleh suami isteri yang dituduh berzina boleh diterima pakai, mengapa dalam kes Dato' Eskay tidak boleh diterima pakai pula?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya terfikir sejenak. Mengapa Islam membuka peluang begitu luas untuk penjenayah, perogol, peliwat melepaskan diri setelah melakukan beberapa kesalahan berat tersebut.Apakah ianya kelemahan Al-Qur'an? Hanya kerana tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi, sudahlah sipelakunya terlepas bebas, yang menjadi mangsa pula akan berhadapan pula dengan tuduhan Qazaf. Perempuan yang menjadi mangsa rogol bila mengandung, menghadapi pula tuduhan bersetubuh secara haram (bersetubuh seorang diri?) hingga mengandung anak luar nikah (berzina). Mungkin aku dituduh kafir kerana seolah-olah aku mempersendakan Al-Qur'an. Sebenarnya Al-Qur'an itu amat suci sekali. Sesiapapun tak patut menggunakan Al-Qur'an untuk melepaskan diri bila diri sendiri melakukan kesalahan. Tiada seorang pun berhak menggunakan Al-Quran sebagai buku undang-undang dengan mencari dan mengeksploitasikan ayat-ayat Allah ini untuk kepentingan membela diri. Malah tidak seorang manusiapun layak membawa Al-Qur'an sebagai bahan yang boleh dipertikaikan dimahkamah. Jikalau masih boleh dipertikaikan dimahkamah bermakna Al-qur'an tu tak sempurnalah. Al-qur'an sepetutnya diletakkan ditempat yang tinggi dan mulia. Ulamak pula adalah sebagai pewaris nabi janganlah meletakkan diri mereka sehingga boleh dijadikan objek membela diri orang yang kena tuduh yang belum tentu lagi bersalah atau tidak. Bila terdesak, seseorang yang telah melakukan kesalahan besar malam kesalan kecil sekalipun tidak takut menggunakan Nama Allah, Al-qur'an, hadis dan keputusan fatwa untuk melepaskan diri. Jikalau mereka taat kepada agama, takut kepada Allah, berpekerti mulia, sudah tentulah dari mula lagi mereka tidak akan melakukan kesalahan. Jikalau yang kena pertuduhan, atau kononnya kena fitnah tetapi pembuktiannya ada, maka mereka perlulah dibicarakan dengan menggunakan pelbagai bentuk pembuktian, saksi dan siasatan di mahkamah. Dengan cara ini sahaja keadilan boleh berlaku di dunia yang fana ini. Dimanakah lojiknya jika setiap kes pertuduhan kesalahan itu dibicarakan di khlayak ramai. Dimanakah hakim, pegawai pendakwa, peguam, juri dsbnya. Akan menjadi adilkah jika perbicaraan sesuatu kes itu di bicarakan dijalanan?. Sampai bila keputusan diperolehi?. Jikalau tak bersalah mengapa takut memberi kerjasama ke pihak pengadilan seperti sample DNA dan sebagainga.
Apakah kamu akan berpuas hati bilamana seorang perogol kepada isteri kamu, perogol anak kamu, perogol ibu kamu, peliwat anak lelaki/perempuan kamu dengan senyum simpul dan berlenggang lenggok terlepas dari tuduhan dan berlalu pergi. Kamu pula dikenakan tuduhan Qazaf kerana tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang menyaksikan perbuatan terkutuk tersebut. Kalau kamu manusia yang waras sudah pasti kamu tidak akan berpuas hati dan mahukan pembelaan yang sewajarnya. Oleh yang demikian janganlah kamu hipokrit. Orang lain juga mahukan keadilah agar sipelaku perbuatan rogol dan liwat keatas keluarga mereka dihukum seberat beratnya. Janganlah dipandang ringan dan ambil mudah jika berlaku kepada orang lain. Satu hari jika ianya kepada diri kamu dan keluarga kamu barulah kamu mengeri apa maknanya tuntutan keadilan itu. Dunia ini bulat.
Post a Comment