Total Pageviews
Friday, April 29, 2011
MENGAPA MASJID DICEMARI SEDEMIKIAN RUPA
Beginikah tatasusila manusia yang dinama Melayu Islam. Datuk Eskay yang bersumpah mubalah itu hanya menggunakan haknya disisi Allah untuk menyatakan kebenarannya. Kalau dia bersumpah palsu, kita minta dia dilaknatkan oleh Allah terhadap dirinya. DSAI juga mempunyai hak yang sama disisi Allah. Jika pihak DSAI merasakan bahawa dirinya difitnah, mengapa tidak mahu bersumpah mubalah yang juga merupakan haknya itu. Ini boleh menguatkan dakwaannya bahawa DSAI memang bersalah kerana mengelak diri dari bersumpah mubalah. Tetapi seperti Datuk Eskay juga, jika DSAI memilih untuk bersumpah mubalah, beliau harus juga bersedia untuk di timpa laknat Allah sekiranya dirinya adalah disebaliknya. Saya juga bersetuju dengan usaha Ketua AMK Shamsul Iskandar yang melakukan sembahyang hajat di masjid tersebut tanpa menghiraukan arahan dan desakan supaya mengosongkan masjid berkenaan. Kerana dengan beberapa siri sembahyang hajat yang dijalankan oleh pihak pembangkang penyokong DSAI, nampaknya beberapa kekusutan telah mula terungkai dan juga semakin hampir memdedahkan "KEBENARAN". Saya syorkan supaya semua pihak samada penyokong dan juga yang anti DSAI agar lebih membanyakkan sesi sembahyang hajatni. Kerana cara ini lebih menampakkan ciri-ciri keislaman yang sebenar tanpa merisikokan orang ramai dan rakyat Malaysia yang sedang mencari kebenaran. Dan gesaan saya kepada penyokong DSAI, cuba kawallah diri dan cuba muhasabah diri untuk mencari kebenaran secara beriman dan berfikiran waras. Apakah kita sanggup menanggung risiko gangguan jiwa yang teramat dahsyat andainya perbuatan kita dengan mencetuskan provokasi sehingga akhirnya berlaku pergaduhan yang menyebabkan kematian atau luka parah. Mungkin yang akan mati tersepit dalam pergaduhan yang kita cetuskan itu adalah saudara mara dan orang yang kita sayangi. Dua peluang besar terbuka bagi DSAI untuk mencari kebenaran dengan cara mengikut undang-undang. Pertama kita dan DSAI ikuti dan tunggu sehingga perbicaraan "sodomi" yang sedang berjalan selesai. Satu lagi pilihan adalah "TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA". Tidak adil????? Anggota Penal Suruhan Diraja hendaklah dibarisi oleh penyokong dan peguam DSAI, dianggotai juga dari kalangan yang dilantik oleh kerajaan,wakil-wakil NGO dan pihak berkecuali yang lain. Jikalau ini juga tidak dapat membantu, bermakna DSAI juga tidak boleh mempercayai semua orang termasuk anak dan isterinya juga. "SILA LIHAT DAN TELITI CLIP VIDEO UPACARA SUMPAH MUBALAH OLEH DATO' ESKAY"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment