Total Pageviews
Friday, April 29, 2011
DATUK ESKAY BERSUMPAH
INILAH YANG DIKATAKAN BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Apa lagi yang penyokong DSAI mahukan. Mengapa masih menegak benang yang basah sehingga mencemarkan kesucian masjid. Kan Datuk Eskay hanya bersumpah mubalah bahawa dia dipihak yang benar. DSAI juga boleh melakukan perkara yang sama. Mengapa tidak lakukannya?.Yang jadi melatah tak tentu pasaltu buat apa?. Itu hanya menunjukkan kebodohan perangai keanak-anakan saja. Dengan perbuatan sedemikian hanya akan menampakkan 'SUDAH TERANG LAGI BERSULUH'. Sebagai seorang Islam yang bersembahyang dalam masjid, mengotorkan masjid dengan perbuatan keji seperti merusuh, melalak dan berkelahi tentulah berdosa besar. Dimana lagi manusia Islam hendak mencari tempat suci selain di Mekah dan Madinah jikalau masjid itu sendiri digunakan untuk bertempik sorak, terpekik melolong macam orang mabuk. Balik nanti cuba muhasabah diri, betulke perbuatan yang kamu lakukan di dalam masjid sedemikian rupa dan adakah ianya satu tindakan yang sesuai dan telah mengikut dan patuh dengan perintah Allah. Orang kafir sendiri tahu menilai kesucian tempat ibadah mereka tetapi sayangnya ada orang Melayu Islam yang bersongkok dan berketayap putih, yang kononnya alim sebagai menusia Islam sejati, telah melakukan satu perbuatan yang sungguh aib dan memalukan umat Islam keseluruhannya. Bertaubatlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment