Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendakwa lebih kurang 300 pemuda UMNO berpakaian merah mengugut untuk membakar Ibupejabat PKR. Tetapi mereka tidak membakarnya. Begitu agresifnya pemuda UMNO tetapi mengapa Saifuddin Nasution tidak memanggil FRU ke untuk mencegah rusuhan tersebut. Kalau setakat mereka berkumpul untuk menunjukkan kemarahan terhadap PKR kerana menyertai bersih, rasanya ketua AMK Shamsul Iskandar lebig teruk lagi. Lihat video berikut:-
Dia mengugut hendak menjatuhkan kerajan yang dipilih oleh rakyat melalui perarakan tunjuk perasaan dijalanraya. Agak-agaklah mana lebih bahaya antara Pemuda UMNO yang tunjuk perasaan kerana membantah PKR menyertai Bersih dengan ancaman Pemuda PKR terhadap terhadap kerajaan?.
Selama ini Pemuda UMNO menghormati undang-undang. Mereka mendengar nasihat kerajaan dan pemimpin parti. Tetapi adakah PKR dan pemudanya menghormati undang-undang?. Jika selalu melontar bola ke dinding, baik berjaga-jaga kerana bola boleh melantun balik ke muka sendiri.
Saya tidak menggalakkan mana-mana individu melanggar undang-undang. Tetapi menunjukkan kekuatan diri bagi mengimbangi sikap kurang ajar pembangkang terhadap kerajaan dan UMNO/BN adalah berpatutan.
PEMUDA UMNO! TERUSKAN TUNJUKKAN KEKUATAN ANDA. TUNJUKKAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN JIKA MEREKA MASIH BERSIKAP KURANG AJAR DAN TIDAK MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA. PEMUDA UMNO BERTINDAK GARANG KERANAN MEMPERTAHANKAN NEGARA. PEMUDA PEMBANGKANG ADALAH PEROSAK NEGARA SERTA PEMBERONTAK NEGARA.
Datuk T (Dari kiri) Shuib, Abdul Rahim dan Eskay Shazryl
semasa tiba di mahkamah pada 24 Jun 2011
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
dan Bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah diberi
sambutan perwira sebaik sahaja keluar meninggalkan mahkamah.
Episod pendedahan pelakun video lucah telah selesai. Datuk T tidak akan didenda sekiranya video yang didakwa video lucah itu tidak lucah. Bahkan video tersebut telah ditayang di mahkamah bagi membolehkan hakim membuat penghakiman bahawa video tersebut memang video lucah. Oleh yang demikian maka wajarlah pelakun yang berlakun dalam video lucah tersebut didakwa kerana berlakun dalam video lucah. Atau ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengenal pasti dan mengesahkan bahawa betulkah video lucah tersebut melibatkan seorang Ahli Parlimen (Ahli Dewan Rakyat Beragama Islam) yang dilantik menjadi ketua pembangkang yang diiktiraf oleh Dewan Rakyat. Ini adalah masalah melibatkan salahlaku seorang pemimpin yang menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang di dewan yang mulia iaitu Dewan Rakyat.
Datuk Chua Soi Lek telah meletakkan jawatan dalam parti dan cabinet kerana terlibat dalam skandal seks.
Manakala dalam kes Video lucah Datuk P Vijandran pula, Karpal Singh berkata bahawa dia dia mempunyai kekebalan parlimen semasa menyerahkan video tersebut kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ong Tee Keat pada satu persidangan parlimen pada tahun 1992.
Timbul satu pertanyaan.. mengapa Datuk T didakwa di mahkamah selepas Datuk T menyerahkan video tape lucah kepada pihak polis. Sedangkan dia hanya tahu bahawa video itu adalah video lucah setelah ditayangkan kepada beberapa wartawan di Carcosa Sri Negara.
Apa bezanya Karpal Singh yang menunggu parlimen bersidang baru menyerahkan video tape lucah P Vijandran tersebut. Mengapa dia menyimpannya. Mengapa dia tidak berusaha seberapa segera menyerahkan video tape lucah tersebut kepada pihak polis untuk disiasat?. Bukankan dia juga telah bersalah kerana memiliki video lucah?. Mengapa Karpal Singh tidak didakwa?.
Dua isu video seks diatas telah dapat diselesaikan dimana kedua pelakunnya mengaku dan meletak jawatan. Tetapi dalam kes Datuk T, pelakun video seks tak mengaku bahawa individu yang melakukan hubungan seks dengan pelacur Cina adalah dirinya. Tetapi yang mengemukakan dan menyerahkan video seks kepada polis pula yang didakwa dan didenda.
Mana lebih tidak bermoral..
Yang melakukan hubungan seks terlarang iaitu melanggan pelacur ?
Atau individu yang mengemukakan video seks bagi membuktikan individu tertentu telah terlibat dalam salah laku seks (zina)?.
“DAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM, PERBUATAN SESEORANG YANG TELAH BERKAHWIN YANG BERSETUBUH TANPA NIKAH ADALAH KESALAHAN HUKUM HUDUD IAITU BERZINA YANG MANA HUKUMANNYA ADALAH DIREJAM SAMPAI MATI”.
Walaupun video lucah tidak boleh jadi (saksi) mengikut hokum hudud, namun kesalahan tersebut tetap boleh didakwa dan dihukum dibawah hukum ta’zir dibawah kaedah QARINAH iaitu kaedah pembuktian lain kerana ada bahan bukti melalui video seks.
Sekarang rakyat mahu melihat keadilan seterusnya berlaku. Yang menyebarkan video lucah telah menerima hukuman.
Apakah pula hukumannya kepada yang berlakun dalam video seks tersebut. Pihak polis telah mengesahkan bahawa video itu tulin dan pelakunnya telah dikenalpasti
Sila hebahkan penjelasan YB Zulkifli Nordin berhubung isu lukisan kartun yang dianggap mengina Islam oleh Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) dan beberapa tokoh agama penyokong pembangkang serta penyokong-penyokong fanatik pembangkang. Sila click alamat link dibawah ini untuk huraian penuh YB Zulkifli Nordin tersebut. Apakah kartun tersebut menghina Islam atau menghina pemuja Anwar membuta tuli sampaikan tidak tahu bahawa ada kaedah lain yang di iktiraf oleh Islam untuk mendakwa dan menghukum penzina: rogol, liwat dan khalwat yang tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik.. Mereka lupa bahawa terdapat kaedah QARINAH iaitu melalui pembuktian lain serta hukum Ta'zir iaitu hukuman yang tidak termasuk dalam hukum hudud. Dengan itu pengadu atau saksi zina liwat, rogol dan khalwat tidak boleh dihukum di bawah hukuman Qazaf. Ini menujukkan bahawa Islam yang sebenar itu amat adil dan berwibawa. Bukannya hukum Islam olahan PAS dan kaum fanatik pembangkang Islam yang lain.
Kecoh dalam HARAKAH dan penyokong PAS dalam facebook kononnya kartun di atas yang disiarkan Utusan di anggap melampau dan menghina hukum Islam.
Siapa yang sebenarnya mempermainkan hukum Islam? Pemimpin PAS dan Melayu dalam PKR lah yang sebenarnya menghina dan mempermainkan hukum Islam (hukum hudud). Dialog diatas sebenarnya ditujukan kepada orang Islam dalam PAS dan Pembangkang yang sesuka hati membuat fatwa dan huraian undang-undang Islam mengikut kesesuaian presepsi masing-masing.
Ada sesiapa kata undang-undang hudud tak bagus?. Dialog dalam kartun itu pun tak bermaksud undang-undang hudud tak bagus atau tak boleh pakai. Dia mengemukakan persoalan untuk dijawab oleh alim ulamak dalam pembangkang. Di pihak kerajaan (UMNO/BN) kita dah lama tahu bahawa hukum hudud itu bagus. Tetapi praktikalnya ramai penjenayah dan pemuas nafsu haram gunakan sayarat-syarat hudud itu untuk kepentingan perbuatan jenayah mereka.
Nampak sangat pemikiran penyokong pembangkang ini begitu sempit . Saya bukan kata orang pembangkang semuanya bodoh. Orang bijak pandai pun ramai yang sempit fikiran. Jika tidak takkan mereka mencuri, menipu dan rasuah.
Dialog kartun tersebut sebenarnya memperli individu yang sewenang-wenangnya menggunakan hukum hudud dan hukan Qazaf untuk menutup kes yang dihadapi oleh pemimpin mereka yang terlibat dengan zina rogol dan liwat dan berkhalwat.
Mengapa bermati-matian mempertahankan pemimpin yang meliwat dan berlakun dalam video lucah sehingga sanggup menggunakan satu kaedah hukum Islam sahaja iaitu hikum hudud?. Balik2 4 orang saksi yang tidak fasik untuk jadi saksi perbuatan zina rogol, liwat dan berkhalwat.
Pemimpin pembangkang dan ustaz2 pembangkang langsung tidak menghuraikan bagaimana kedudukan kesaksian lain iait QARINAH dan hukum Ta'zir yang membolehkan pesalah tetap dihukum walaupun tidak dibawah hukuman hudud.
Wahai ustaz, Imam dan cerdik pandai Islam dalam PAS dalam pembangkang tolong ingat dalam kepala hotak tu. Manusia yang lahir ke dunia ini di bekalkan oleh Allah dengan OTAK untuk berfikir. Ramai manusia gunakannya untuk kebaikan tetapi terdapat ramai juga yang menggunakannya untuk kejahatan.
Jikalau digunakan untuk kebaikan maka alhamdulillah. Tetapi yang menggunakannya untuk kejahatan macammana?. Tetntu mereka cari jalan untuk elakkannya dari kena tangkap atau dituduh. Jadi mereka akan berusahah cai jalan jangan bagi peluang mangsa atau yang mendakwa berjaya mengemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik.
Tolong bagi satu stastik kes rogol dan liwat yang telah berjaya mengemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik dan berjaya dijatuhkan di bawah hyukum hudud. Kemudian kemukakan juga stastik berapa kes zina rogol, liwat dan berkhalwat yang telah dibuat aduan dibalai polis yang berlaku di negara ini. Mungkin satu hari nanti akan terjadi kepada keluarga kamau. macamana?.
Kononnya Mat Sabu akan melaancarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada July 2011 nanti. Apa yang hendak dibersihkan?. Pertamanya sudahkah dirinya dibersihkan dari dosa dengan hukum hudud kerana berkhalwat di bilik no 121 Hotel Perdana di Kota Baru dengan isteri orang?. Apakah ceramah maki hamun dan mencerca itu bersih dan tidak berdosa.
HARAKAH SIARKAN BERITA KONONNYA MAT SABU DAN NORMA HANYA BERKHALWAT. TETAPI DENGAN STATEMENT YANG SEDEMIKAIN MAKA HARAKAH TELAH MENGESAHKAN MAT SABU DAN NORMA TELAH BERKHALWAT. DAN PADA MASA DITANGKAP OLEH 7 PENGUATKUASA PULA, NORMA ADALAH MERUPAKAN BINI ORANG. TAK BERDOSAKAH?.. "BERSIHKAH" DEMIKIAN?
BILA DIBEBASKAN DENGAN CAMPURTANGAN NIK AZIZ, MAT SABU DAN NORMA BERNIKAH.... MACAMTU SAHAJA?. BUKANKAH KESALAHAN BERKHALWAT TU KESALAHAN BESAR. TAKKAN TERSILAP CAM. 7 ORANG PEGAWAI PENGUATKUASA YANG TANGKAP "MAT SABU DAN NORMAH BERKHALWAT". MAT SABU DAN NORMAH PATUT BERSUMPAH MUBAHALAH BAHAWA MEREKA TIDAK BERKHALWAT TETAPI HANYA BERDUAAN DIDALAM BILIK HOTEL SAHAJA. DENGAN DEMIKIAN BARULAH MEREKA BOLEH LEBIH "BERSIH" SETELAH DIBERSIHKAN OLEH NIK AZIZ.
Nah ini dia ulasan kes Khalwat Mat Sabu dan Normah yang dari satu blog ....
Kes Mat Sabu
Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah. Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato' Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya. Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam. Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang. Sepatutnya dalam kes ini, Dato' Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada Siti 'Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina 'Aisyah r. a. difitnah berkhalwat dengan Safuan bin Muatal dulu. Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik-baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik dan telah diakui Allah s.w.t masuk Syurga pula.
Betapalah bersihnya Mat Sabu yang kononnya untuk menganjur satu perhimpunan bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih. Wal hal dia sendiripun tidak bersih.
Parti PAS dimana Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden, telah bersekongkol dengan PKR dan DAP. Didalam pemilihan PKR baru-baru ini, terbukti bahawa PKR tidak bersih dari kroni dan diskriminasi. Jika tidak takkan beberapa pemimpin PKR keluar atau meninggalkan parti tersebut. Bersihkah Pakatan Pembangkang.
Sila semak senarai keputusan PRU 12 lalu yang dimenangi BN dan bandingkannya dengan kemenangan pembangkang.
Apakah pilihanraya masih tidak bersih?. Jikalau tidak bersih dan telus cuba jawab ini..
-Mengapa PAS (PR) menang di Kelantan dan Kedah.
-Mengapa DAP (PR) menang di Pulau Pinang
-Mengapa PKR (PR) menang di Selangor
-Mengapa di Perak DAP (PR) menang 18 kerusi, di PAS 6 kerusi dan PKR 7 kerusi (tetapi 2 ADUN PKR Melayu) keluar dari PR dan jadi ADUN Bebas menyokong BN)
DUN DAN AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT KOMPOSISI PARTI DARI KEPUTUSAN PRU KE12 YANG LALU:-
KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DIMENANGI OLEH PARTI YANG BERTANDING
NEGERI
JUMLAH KERUSI
BN
PAS
DAP
BEBAS
PKR
JUMLAH
CLN
MTB
CLN
MTB
CLN
MTB
CLN
MTB
CLN
MTB
PERLIS
15
13
0
2
0
0
0
0
0
0
0
15
KEDAH
36
14
0
16
0
1
0
1
0
4
0
36
KELANTAN
45
6
0
37
1
0
0
0
0
1
0
45
TERENGGANU
32
24
0
8
0
0
0
0
0
0
0
32
PULAU PINANG
40
11
0
1
0
19
0
0
0
9
0
40
PERAK
59
28
0
6
0
18
0
0
0
7
0
59
PAHANG
42
37
0
2
0
2
0
1
0
0
0
42
SELANGOR
56
19
1
8
0
13
0
0
0
15
0
56
KUALA LUMPUR
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
W.P. PUTRAJAYA
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
N. SEMBILAN
36
21
0
1
0
10
0
0
0
4
0
36
MELAKA
28
23
0
0
0
5
0
0
0
0
0
28
JOHOR
56
50
0
2
0
4
0
0
0
0
0
56
W.P. LABUAN
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
SABAH
60
57
2
0
0
1
0
0
0
0
0
60
SARAWAK
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
JUMLAH
505
303
3
83
1
73
0
2
0
40
0
505
CLN
- Calon Yang Menang
MTB
- Menang tanpa bertanding
KEDUDUKAN KERUSI DEWAN RAKYAT YANG DIMENANGI OLEH PARTI YANG BERTANDING
Adakah semuannya Kerusi Parlimen dan DUN di menangi oleh BN?. Jika benar PRU tidak bersih dan SPR tidak telus, masakan pembangkang boleh menang begitu banyak kerusi. Cuma pembangkang tidak dapat mengatasi BN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Tetapi 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang (PR). Apakah itu tidak menunjukkan SPR telah mengendalikan dengan bersih?. Nampaknya pembangkang hanya akan mengakui pilihanraya yang dilaksanakan oleh SPR "BERSIH" JIKA MEREKA YANG MENYAPU BERSIH SEMUA KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN. ITULAH MATLAMAT MEREKA.
PKR yang diketuai oleh presidennya Wan Azizah juga tak bersih dari mengamalkan kroni dan kepentingan diri. Dalam PKR undang-undang tubuh PKR tidak terdapat peruntukan jawatan Ketua Umum. Tetapi kerana Wan Azizah Presiden, dia bersetuju dan mengesahkan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Bersihkah Parti PKR Sri kroni dan kepentingan diri? – KRONI - Apakah pembangkang “BERSIH”?.
Anwar Ibrahim?. Pernah dihukum kerana salah guna kuasa. Dan walaupun terlepas dari kes Liwat yang pertama, mahkamah hanya melepaskannya atas kesilapan teknik bukannya didapati tidak bersalah melakukan Liwat. Kini sedang dibicarakan pula dengan kes Liwat sekali lagi. Kes Liwat kedua yang di hadapi oleh Anwar Ibrahim – MORAL - Apakah pembangkang “BERSIH”?.
Tidak cukup dengan itu, kini tersebar pula video seks yang didakwa bahawa pelakun yang melakukan hubungan seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim bersama pelacur Cina. Video selama 21 minit lebih itu menjadi cukup bukti bahawa pelakunnya adalah bermirip dan berfizikal badan Anwar Ibrahim. Ini disahkan oleh kawan baiknya Datuk Eskay - MORAL - Apakah pembangkang “BERSIH”?.
Anwar Ibrahim juga berbohong kononnya dia telah cukup kerusi Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2010 hingga sekarang bohong tinggal bohong. BERBOHONG - Apakah pembangkang “BERSIH”?.
Anwar Ibrahim juga mendakwa kononnya di ada menyimpan berkotak-kotak dokumen tetntang penyelewengan kerajaan BN. Tetapi sampai hari ini dakwaannya itu hanya retorik semata-mata. PEMBOHONG!! - Apakah pembangkang “BERSIH”?.
Anwar juga pernah berjanji bahawa bila PR berkuasa di Pulau Pinang, dia akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah dan rumah kampong Buah Pala. Tetapi apa akhir nya terjadi. Janji tidak ditepati bahkan Kampung Buah pala di robohkan dan di rampas - PEMBOHONG DAN ZALIM - Apakah pembangkang “BERSIH”?.
Perbuatan Anwar mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib – PM dengan Altantuya adalah merupakan satu fitnah yang cukup dahsyat tanpa sebarang bukti Apakah pembangkang “BERSIH”?. Manakala Tian Chua pula memomok dan menghina PM dengan membuat suntingan superimpose bodoh sekeping gambar kononnya Datuk Seri Najib sedang bersantai dengan Altantuya dan Razak Baginda walaupun dia tahu gambar tersebut adalah satu pembohongan dan penipuan, Adakah BERSIH.
Menteri Besar Kelatan terang-terangang memberi rasuah Pada Pilihanraya Kecil di DUN Galas. Apakah itu tidak menujukkan pembangkang mengamalkan rasuah pilihanraya?. Apakah pembangkang “BERSIH”?.
UMNO SELALU DITUDUH MENGAMALKAN RASUAH. TETAPI APAKAH PERBUATAN NIK AZIZ MEBERI WANG KEPADA ORANG ASLI SEMASA BERKEMPEN DI PRK GALAS SEPERTI DALAM GAMBAR DIATAS BUKAN RASUAH?.. "BERSIHKAH" PAS.
Tian Chua dan Anwar Ibrahim yang berkonvoy dalam perjalanannya untuk berceramah di Johor telah melanggar hingga mati seorang anggota tentera yang masih muda. Namun tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelamatkan mangsa hingga mangsa meninggal dunia. Dan beberapa jam selepas itu Tian Chua (PKR) bercakap soal menyelamatkan anak cucu dan Negara Malaysia. Apakah ini menunjukkan pemimpin pembangkang “BERSIH”?.
Banyak lagi bukti-bukti yang boleh diketengah bagi mendedahkan bahawa PR (DAP, PKR dan PAS) sebenarnya tidak bersih samada dari segi moral peribadi, pembobongan, penipuan dan kezaliman. Di tangan kiri mereka kelihatan macam bersih tetapi di tangan kanan mereka terpalit kekotoran dan kezaliman. Tetapi sememangnya mereka tidak ada perasaan malu dan bertimbang rasa. Merekalah sebenarnya patut dibersihkan.. bukannya orang lain.
Apakah semua ini sudah dibersihkan?.
Seluruh rakyat sepatutnya menentang rancangan pembangkang hendak melancarkan perarakan "BERSIH" ini. Mereka tahu perhimpunan tersebut tidak akan memberi apa-apa makna yang membina melainkan akan menyusahkan rakyat terutamanya peniaga, pekerja, perkhidmatan pengangkutan awam, pemandu kendraaan, pengguna/pejalan kaki dan orang-orang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. Dalam kata lain mereka ini adalah sebenarnya musuh negara nasyarakat. Semoga Pasokan keselamatan mengambil tindakan tegas agar perhimpunan ini tidak menjadi kenyataan.