Total Pageviews

Tuesday, June 28, 2011

SIAPAKAH SEBENARNYA PEROSAK NEGARA


Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendakwa lebih kurang 300 pemuda UMNO berpakaian merah mengugut untuk membakar Ibupejabat PKR. Tetapi mereka tidak membakarnya. Begitu agresifnya pemuda UMNO tetapi mengapa Saifuddin Nasution tidak memanggil FRU ke untuk mencegah rusuhan tersebut. Kalau setakat mereka berkumpul untuk menunjukkan kemarahan terhadap PKR kerana menyertai bersih, rasanya ketua AMK Shamsul Iskandar lebig teruk lagi. Lihat video berikut:-



Dia mengugut hendak menjatuhkan kerajan yang dipilih oleh rakyat melalui perarakan tunjuk perasaan dijalanraya. Agak-agaklah mana lebih bahaya antara Pemuda UMNO yang tunjuk perasaan kerana membantah PKR menyertai Bersih dengan ancaman Pemuda PKR terhadap terhadap kerajaan?.

Selama ini Pemuda UMNO menghormati undang-undang. Mereka mendengar nasihat kerajaan dan pemimpin parti. Tetapi adakah PKR dan pemudanya menghormati undang-undang?. Jika selalu melontar bola ke dinding, baik berjaga-jaga kerana bola boleh melantun balik ke muka sendiri.

Saya tidak menggalakkan mana-mana individu melanggar undang-undang. Tetapi menunjukkan kekuatan diri bagi mengimbangi sikap kurang ajar pembangkang terhadap kerajaan dan UMNO/BN adalah berpatutan.

PEMUDA UMNO! TERUSKAN TUNJUKKAN KEKUATAN ANDA. TUNJUKKAN APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN JIKA MEREKA MASIH BERSIKAP KURANG AJAR DAN TIDAK MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA. PEMUDA UMNO BERTINDAK GARANG KERANAN MEMPERTAHANKAN NEGARA. PEMUDA PEMBANGKANG ADALAH PEROSAK NEGARA SERTA PEMBERONTAK NEGARA.

No comments: