Kecoh dalam HARAKAH dan penyokong PAS dalam facebook kononnya kartun di atas yang disiarkan Utusan di anggap melampau dan menghina hukum Islam.
Siapa yang sebenarnya mempermainkan hukum Islam? Pemimpin PAS dan Melayu dalam PKR lah yang sebenarnya menghina dan mempermainkan hukum Islam (hukum hudud). Dialog diatas sebenarnya ditujukan kepada orang Islam dalam PAS dan Pembangkang yang sesuka hati membuat fatwa dan huraian undang-undang Islam mengikut kesesuaian presepsi masing-masing.
Ada sesiapa kata undang-undang hudud tak bagus?. Dialog dalam kartun itu pun tak bermaksud undang-undang hudud tak bagus atau tak boleh pakai. Dia mengemukakan persoalan untuk dijawab oleh alim ulamak dalam pembangkang. Di pihak kerajaan (UMNO/BN) kita dah lama tahu bahawa hukum hudud itu bagus. Tetapi praktikalnya ramai penjenayah dan pemuas nafsu haram gunakan sayarat-syarat hudud itu untuk kepentingan perbuatan jenayah mereka.
Nampak sangat pemikiran penyokong pembangkang ini begitu sempit . Saya bukan kata orang pembangkang semuanya bodoh. Orang bijak pandai pun ramai yang sempit fikiran. Jika tidak takkan mereka mencuri, menipu dan rasuah.
Dialog kartun tersebut sebenarnya memperli individu yang sewenang-wenangnya menggunakan hukum hudud dan hukan Qazaf untuk menutup kes yang dihadapi oleh pemimpin mereka yang terlibat dengan zina rogol dan liwat dan berkhalwat.
Mengapa bermati-matian mempertahankan pemimpin yang meliwat dan berlakun dalam video lucah sehingga sanggup menggunakan satu kaedah hukum Islam sahaja iaitu hikum hudud?. Balik2 4 orang saksi yang tidak fasik untuk jadi saksi perbuatan zina rogol, liwat dan berkhalwat.
Pemimpin pembangkang dan ustaz2 pembangkang langsung tidak menghuraikan bagaimana kedudukan kesaksian lain iait QARINAH dan hukum Ta'zir yang membolehkan pesalah tetap dihukum walaupun tidak dibawah hukuman hudud.
Wahai ustaz, Imam dan cerdik pandai Islam dalam PAS dalam pembangkang tolong ingat dalam kepala hotak tu. Manusia yang lahir ke dunia ini di bekalkan oleh Allah dengan OTAK untuk berfikir. Ramai manusia gunakannya untuk kebaikan tetapi terdapat ramai juga yang menggunakannya untuk kejahatan.
Jikalau digunakan untuk kebaikan maka alhamdulillah. Tetapi yang menggunakannya untuk kejahatan macammana?. Tetntu mereka cari jalan untuk elakkannya dari kena tangkap atau dituduh. Jadi mereka akan berusahah cai jalan jangan bagi peluang mangsa atau yang mendakwa berjaya mengemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik.
Tolong bagi satu stastik kes rogol dan liwat yang telah berjaya mengemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik dan berjaya dijatuhkan di bawah hyukum hudud. Kemudian kemukakan juga stastik berapa kes zina rogol, liwat dan berkhalwat yang telah dibuat aduan dibalai polis yang berlaku di negara ini. Mungkin satu hari nanti akan terjadi kepada keluarga kamau. macamana?.
No comments:
Post a Comment