Datuk T (Dari kiri) Shuib, Abdul Rahim dan Eskay Shazryl
semasa tiba di mahkamah pada 24 Jun 2011
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
dan Bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah diberi
sambutan perwira sebaik sahaja keluar meninggalkan mahkamah.
Episod pendedahan pelakun video lucah telah selesai. Datuk T tidak akan didenda sekiranya video yang didakwa video lucah itu tidak lucah. Bahkan video tersebut telah ditayang di mahkamah bagi membolehkan hakim membuat penghakiman bahawa video tersebut memang video lucah. Oleh yang demikian maka wajarlah pelakun yang berlakun dalam video lucah tersebut didakwa kerana berlakun dalam video lucah. Atau ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengenal pasti dan mengesahkan bahawa betulkah video lucah tersebut melibatkan seorang Ahli Parlimen (Ahli Dewan Rakyat Beragama Islam) yang dilantik menjadi ketua pembangkang yang diiktiraf oleh Dewan Rakyat. Ini adalah masalah melibatkan salahlaku seorang pemimpin yang menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang di dewan yang mulia iaitu Dewan Rakyat.
Datuk Chua Soi Lek telah meletakkan jawatan dalam parti dan cabinet kerana terlibat dalam skandal seks.
Manakala dalam kes Video lucah Datuk P Vijandran pula, Karpal Singh berkata bahawa dia dia mempunyai kekebalan parlimen semasa menyerahkan video tersebut kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ong Tee Keat pada satu persidangan parlimen pada tahun 1992.
Timbul satu pertanyaan.. mengapa Datuk T didakwa di mahkamah selepas Datuk T menyerahkan video tape lucah kepada pihak polis. Sedangkan dia hanya tahu bahawa video itu adalah video lucah setelah ditayangkan kepada beberapa wartawan di Carcosa Sri Negara.
Apa bezanya Karpal Singh yang menunggu parlimen bersidang baru menyerahkan video tape lucah P Vijandran tersebut. Mengapa dia menyimpannya. Mengapa dia tidak berusaha seberapa segera menyerahkan video tape lucah tersebut kepada pihak polis untuk disiasat?. Bukankan dia juga telah bersalah kerana memiliki video lucah?. Mengapa Karpal Singh tidak didakwa?.
Dua isu video seks diatas telah dapat diselesaikan dimana kedua pelakunnya mengaku dan meletak jawatan. Tetapi dalam kes Datuk T, pelakun video seks tak mengaku bahawa individu yang melakukan hubungan seks dengan pelacur Cina adalah dirinya. Tetapi yang mengemukakan dan menyerahkan video seks kepada polis pula yang didakwa dan didenda.
Mana lebih tidak bermoral..
Yang melakukan hubungan seks terlarang iaitu melanggan pelacur ?
Atau individu yang mengemukakan video seks bagi membuktikan individu tertentu telah terlibat dalam salah laku seks (zina)?.
“DAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM, PERBUATAN SESEORANG YANG TELAH BERKAHWIN YANG BERSETUBUH TANPA NIKAH ADALAH KESALAHAN HUKUM HUDUD IAITU BERZINA YANG MANA HUKUMANNYA ADALAH DIREJAM SAMPAI MATI”.
Walaupun video lucah tidak boleh jadi (saksi) mengikut hokum hudud, namun kesalahan tersebut tetap boleh didakwa dan dihukum dibawah hukum ta’zir dibawah kaedah QARINAH iaitu kaedah pembuktian lain kerana ada bahan bukti melalui video seks.
Sekarang rakyat mahu melihat keadilan seterusnya berlaku. Yang menyebarkan video lucah telah menerima hukuman.
No comments:
Post a Comment