Total Pageviews

Tuesday, July 5, 2011

PERLUMBAAN MOTORCROSS DI KG BELUM BARU ANJURAN PEMUDA UMNO LENGGONG


Dari 1 Julai hingga 3 Julai 2011, litar motorcross Kg Belum Baru yang baru dibina beberapa bulan bergegar dengan ngauman enjin motosikal cross. Ini berikutan satu penganjuran perlumbaan motocross anjuran Pemuda UMNO Bahagian Lenggong. Walaupun ianya anjuran Pemuda UMNO Lenggong, namun penyertaannya tidak mengambil kira fahaman politik atau sebagainya. Ianya adalah sukan semata-mata.

Penyertaan sungguh menggalakkan dimana telah dapat menarik penyertaan dari seluruh Malaysia bahkan dari luar negara seperti peserta dari Thailand.

Jika anda seorang peminat, atau pelumba, atau penyokong perlumbaan motorcross, sila ke halaman Facebook “Pemuda UMNO Lenggong” untuk mengetahui aktiviti perlumbaan yang dijadualkan.

Seperti yang diterangkan oleh En Irwan, Ketua Pemuda UMNO Lenggong merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia, aktiviti motorcross ini adalah untuk menarik golongan muda dan belia bagi memenuhi masa mereka ke arah yang lebih positif.

Litar motorcross Kg Belum Baru ini mula dikenali ramai diseluruh Malaysia malah hingga keluar negara. Sehingga ini telah enam kali perlumbaan dianjurkan. Penyertaan begitu menggalakkan hingga menarik peserta dari luar negara iaitu Thailand. Manakala penonton pula mencecah 3,000 orang setiap kali perlumbaah diadakan. Pada perlumbaan akan datang, dijangkakan penyertaan dan penonton akan bertambah. Ini memerlukan tambahan tempat penonton dan kemudahan asas yang lain seperti tandas dan tempat duduk penonton.

Sesungguhnya perlumbaan ini adalah merupakan penyumbang kepada pelancungan dan aktiviti belia serta perniagaan di kawasan ini.

Syabas Pemuda UMNO Lenggong.

No comments: