"Hargai tugas polis" titah DYMM Paduka seri Sultan Perak klik disini untuk ke link. Sebagai seorang sultan, Baginda memang sedia maklum bahawa sesebuah negara memerlukan Pasukan Polis untuk menguatkuasakan undang-undang, ketenteraman dan keselamatan awam.
Tetapi sayangnya, ada pula pihak yang berfahaman politik melampau di sebuah Daerah dalam negeri Perak mengarahkan ahlinya iaitu jika ada kematian dikalangan anggota polis, tak payah terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan seperti pengurusan jenazah, tahlil dan do'a melainkan anggota tersebut anak orang PAS dan PKR. Hanya cukup sekadar pergi melawat jenazah dan balik. Yang mengeluarkan arahan tersebut adalah dari parti PAS klik disini untuk ke link.
Semua umat Islam faham bahawa mengurus dan mengkebumikan jenazah adalah fardhu kipayah. "Jika ada orang dah buat maka kita tak payah". Itukah falsafah yang PAS telah sematkan dalam diri penyokong mereka. Bukankah orang Islam itu bersaudara?.
Melawat orang mati bukan wajib kepada semua tetapi hanya sunat. Tetapi dalam budaya bangsa Melayu dan Islam, jika ada sebarang kematian, maka ianya menjadi amalan budaya kita melawat jenazah, mengholorkan bantuan, menguruskannya dan mengada majlis tahlil arwah secara beramai-ramai. Tetapi jika sampai ke tahap memberikan arahan sedemikian, apakah makna ini semua. Busuknya hati sampai ke tulang hitam. Itu bukan lagi perjuangan suci tetapi perjuangan setan.
Kerana tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang lalu, kebodohan perangai mereka terbawa-bawa hingga aktivitri keagamaan. Bukan semua anggota polis terlibat pun. Yang lebih penting adalah polis hanya menjalankan tugas mencegah rusuhan. Bukannya mengistiharkan perang dengan rakyat.
Ahli PAS mesti ingat bahawa bukan semua yang menjadi anggota polis adalah penyokong UMNO dan BN. Tidak semestinya jika ibubapa bagi anggota polis berkenaan penyokong PAS maka anaknya yang menjadi anggota polis juga menyokong PAS dan begitulah sebaliknya. Dalam kata lain mereka bukan bekerja dengan UMNO dan BN dengan tujuan menindas PAS dan PEMBANGKANG, tetapi sebliknya mereka berkhidmat menjaga keselamatan NEGARA MALAYSIA. Jika PEMBANGKANG atau UMNO/BN atau mana-mana orang tidak melanggar undang-undang, tidak ada sebab mengapa polis perlu bertindak ke atas orang awam.
No comments:
Post a Comment