Video taklimat polis bagi menyangkal dakwaan bodoh dan bohong pembangkang berhubung kematian Allahyarham Baharuddin semasa polis meleraikan perhimpinan haram BERSIH pada 9 Julai yang lalu.
Mungkin dia pengsan atau sesak nafas akibat terhidu asap gas pemedih mata. Jika tak tahan dugaan macamni, ingatlah! lain kali jangan menyertai perhimpunan haram bila polis telah memberi amaran supaya jangan menyertai perhimpunan haram atau besurai secara aman. Jika engkar, salah satu risikonya adalah seperti gambar diatas. Malah jika perhimpunan yang sah disisi undang-undang sekalipun, jika bertukar menjadi ganas, itulah akibatnya.
Gambar pegun jika dikatakan orang yang hidup sudah matipun boleh dipercayai kerana gambar tidak bergerak dan berkata-kata. Hanya tukang pembawa khabar fitanah atau pembawa khabar baik sahaja yang boleh menghuraikannya. Mengikut berita hanya seorang sahaja yang dilapurkan meninggal semasa perhimpunan bersih yang telah disahkan oleh polis. Itu pun kerana serangan jantung. Ni gambar siapa yang mati yang dikaitkan dengan Allahyarham Baharuddin?. Adakah dua individu yang bernama Baharudin yang berlainan rupa, yang telah meninggal dunia pada hari perhimpunan haram BERSIH??.
Jangan mempermain dan membuat fitnah menggunakan orang yang telah mati. Kita orang Islam sepatutnya berdoa dan mensedekahkan ayat-ayat qur'an dan membantu keluarganya. Bab kesalahan dan dosa itu adalah kerja Allah. Islam tetap bersaudara.
Kita berharap kepada semua terutamanya penyokong pembangkang yang menyertai BERSIH tempoh hari agar buka minda dan jadilah orang yang siuman kembali.
Dalam posting RBF menyatakan seorang pelajar mendakwa telah melihat sekumpulan polis melanyak Allahyarham Baharuddin sambil berlari hingga tak sempat rakam gambar. Tetapi perlajar tersebut sempat pula menyebarkan berita secara terperinci bagaimana Polis melanyak Allahyarham. Bentuk berita macam inikah yang di terapkan dikalangan pelajar dan penyokong pembangkang sekelian. Jikalau orang kebanyakan yang tidak berpelajaran tinggi membuat cerita macam ni bolehlah dianggap mereka tidak cukup ilmu. Tetapi jikalau seorang pelajar IPT, subhanallah!.. macam manalah kredebaliti seorang perlajar macamni. Dia tak nampak dengan jelas tetapi menceritakan dengan jelas. Orang percaya pulaktu. Jangankan nak melanyak, anggota polis pun tak berada disana. Yang ada hanya anggota polis bantuan yang seragamnya hampir sama dengan anggota polis biasa iaitu berunifom biru gelap. Dalam keadaan kelam kabut dan pintu keluarmasuk tertutup, mereka (polis bantuan) juga tidak dapat mendekati Allahyarhan Baharuddin.
Polis mempunyai rakaman CCTV di KLCC yang menunjukkan bahawa Allahyarham berlari bersama orang ramai masuk ke KLCC. Dengan umur 59 tahun, sudah tentulah keadaan fizikal, jasmani dan staminanya tidak sekuat berbanding dengan orang muda. Malah tahap umur semacam ini adalah amat merbahaya jika menggunakan tenaga luarbiasa. Serangan jantung akan menyerang bila-bila masa jika badan terlalu penat, panik atau susah hati.
Inikah puak yang mempertikaikan pemerintahan kerajaan BN yang diterajui UMNO. Apa akan jadi agaknya jika mereka memerintah dan pergaduhan kaum berlaku?. Mereka mengajar rakyat berbohong dan membuat memfitnah. Khabar angin dan fitnah melampau macamni boleh menghancurkan negera.
Dalam keadaan dimana sepatutnya kita sama-sama menghormati orang yang telah mati, sebaliknya sebahagian dari puak pembangkang mengambil peluang untuk kepentingan diri dengan mengekploitasikan kematian tersebut untuk memungut derma. Lain orang yang meninggal, gambar orang lain pula yang diedarkan di internet bagi memburuk-burukkan polis dan menarik simpati orang ramai. Hinanya manusia macamni. Sangat bangsat dan terkeluar dari norma-norma manusia biasa. Tak usah cakap bab agama Islamlah.
Fitnah melampau tanpa bukti nak minta ampun kepada siapa?. Jikalau tohmahan dihalakan kepada PDRM iaitu sekumpulan manusia yang ramai, macammana nak minta maaf?. Pergi haji pun tak guna jika dosa kita sesama manusia tidak diampunkan oleh yang teriniaya.
Terima kasih kepada minaq-jinggo kerana uploadkan video taklimat polis dalm youtube.
No comments:
Post a Comment