Total Pageviews

Saturday, July 9, 2011

PEMIMPIN POLIS PERLU BERLATIH DI AMERIKA, ENGLAND?

 
Petikan video dari 1peluru.blogspot.com

Apakah polis Malaysia terlalu kejam dan tidak bertimbangrasa? Badingkan dengan yang berlaku di England ini

Jadi apa perlunya polis Malaysia pergi berlatih di Amerika dan England.

 

Polis Malaysia telah berjaya mencegah rusuhan mengikut acuan kita tanpa sebarang jiwa melayang.

 

Satu soalan: Adakah polis di Amerika dan Englan lebih baik dari polis Malaysia semasa mencegah rusuhan?.

=========================================== 

Pemimpin polis perlu berlatih di Amerika, England?

The Malaysian Insider 

10 JULAI — Polemik antara polis dan pejuang pro demokrasi di Malaysia sekarang ialah apakah unjur rasa aman seperti yang dianjurkan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan menimbulkan kekacauan atau tidak?
Polis percaya unjur rasa itu akan menimbulkan kekacauan dan huruhara, menjadikan politik negara tidak stabil, akan menjejaskan ekonomi dan sebagainya. Kerajaan dan penyokongnya menyokong pendapat polis itu.
Pejuang pro demokrasi dan pro pilihan raya bersih yakin demonstrasi aman sehari itu jika mendapat kerjasama polis sepenuhnya tidak akan menjejaskan kemanan dan ia akan aman. Mungkin lalu lintas di kawasan berkaitan akan berlaku kesesakan, tetapi trafik boleh berjalan perlahan jika polis cekap menyusun stategi.
Oleh kerana polis yakin dengan teorinya, maka ia tidak sanggup menerima risiko lalu mengharamkan perarakan itu. Ia sudah pun mengambil langkah mencegah dan mengumumkan akan bertindak lebih kira kiranya ia diteruskan.
(Dipetik dari The Malaysian Insider – 10 Jul 2011)

==========================================
Penulis diatas menulis hanya berandaian “MUNGKIN”. Saya juga ingin menyelitkan perkataan “MUNGKIN”. Jika polis tidak mengendalikan sedemikian rupa, “MUNGKIN” huruhara yang lebih besar akan berlaku. Jika kekakcauan besar  berlaku, apa agaknya komen penulis yang bijak pandai diatas?. Mencari kesalahan orang memang senang. Bila kita tidak dibebankan dengan sebarang tanggungjawab, mudah bagi kita mempersoalkan sesuatu kerana kita tahu bahawa tidak ada apa yang kita perlu bertanggungjawab dikemudian hari.

Jika kita memperkatakan bahawa apa yang berlaku diAmerika atau Britain boleh di implimentasikan di Malaysia, maka kita kena juga mengambil kira bagaimana pemikiran orang barat dengan pemikiran orang Malaysia.

Di Amerika mereka tidak menggunakan budak-budak atau kanak-kanak untuk memburuk-burukkan kerajaan. Mereka tidak masuk ke sekolah agama mengasuh kanak-kanak tadika membenci pemimpin. Mereka tidak membawa kanak-kanak kecil ikut tunjuk perasaan.

Di Amerika dan Britain mereka tidak mengkafirkan orang ikut sedap mulut. Di Amerika dan di Britain, hanya segelintir sahaja manusia yang menentang perbuatan hubungan sesama sejenis. Di Amerika dan Britain tidak ada dosa pahala dalam bab hubungan seks atau berzina atau perbuatan liwat. Ianya hanya menjadi pandangan serong atau bersalah pada pandangan masyarakat sahaja jika dipaksa, rogol atau skandal.

Di Amerika hanya wujud satu system persekolahan kebangsaan berlatar belakangkan bahasa Inggeris. Bukan seperti di Malaysia di mana kanak-kanak diasingkan mengikut kaum. Walaupun ini Tanah Melayu, tetapi masing-masing bangsa terutamanya Cina dan India bermati-matian mahukan sekolah untuk keturunan masing-masing.

Soal himpunan Bersih, kononnya untuk mendesak SPR agar melaksanakan Pilihanraya lebih telus dan adil. Ianya akan menjadi telus adil dimata pembangkang hanya sekiranya pembangkang dapat menukarkan kerajaan. Sebelum ini, pada setiap PRU/PRK mereka mendakwa  tidak pernah telus dan adil walaupun pembangkang menang 5 buah negeri dan BN hilang majority 2/3 di parlimen.

Apa sudah jadi apabila agenda perhimpunan Bersih yang pada mulanya untuk medesak SPR mengendalikan PRU secara lebih telus tetapi bertukar kepada tuntutan refomasi bagi memperjuang kepentingan peribadi seorang pemimpin yang menghadapi tuduhan meliwat.

Apakah insiden sedemikian tidak menunjukkan bahawa sebahagian besar penyokong pembangkang tidak rasional dalam menggunakan kebebasan berdemontrasi. Kita juga perlu ingat bahawa isu perkauman dinegara kita adalah ibarat bom jangka yang perlu di kendalikan dengan sebaik mungkin.

Pengalaman lampau tunjuk perasaan dan perbalahan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan Bersih 2007 telah memberikan pengalaman yang mendalam kepada pasokan keselamatan bagaimana mengendalikan perhimpunan tunjuk perasaan versi Malaysia.

Janganlah berlagak pandai sebaik sahaja sesuatu perkara telah di siapkan dan disempurnakan oleh orang lain. Seperti kata pepatah “RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI”.

Jika semua yang ada di Britain dan Amerika itu amat baik, mengapa semua negara yang pernah dijajah oleh Amerika dan Britain menuntut kemerdekaan masing-masing termasuk negara kita?. Itu menunjukkan bahawa system pemerintahan negara mereka tidak sama dengan kepentingan rakyat negara ini.

Ada benda yang perlu kita pelajari dari Amerika dan Britain seperti sains dan teknologi mereka tetapi bukan dalam budaya mereka yang tidak ada dosa pahala. Kita juga bukan seperti bangsa Eropah dimana bila seseorang pemimpinya di dapati terlibat dalam skandal seks atau berlakun video lucah maka mereka ada harga diri dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah selanjutnya seperti membela diri atau untuk kerjaya dimasa depan. Dinegara kita, videonya telah tersebar diseluruh dunia dan disahkan tulin samada rakaman dan juga  pengesahan pelakunnya tetapi masih menafikanya dan masih enggan meletakkan jawatan. Perangai macam inikah yang dikatakan sesuai dilaksakana bersama dengan cara Eropah dan Amerika?.

Yang pentingnya kemajuan negara kita tidak mengundur ke belakang disebabkan huru hara dan pergaduhan kaum. Polis kita tidak perlu belajar dari Britain atau Amerika bagaimana mahu mengendalikan keselamatan negara kita. PDRM telah melaksanakan tugas mereka dengan cukup baik dimana huruhara dapat dielakkan, keamanan dapat dikekalkan dan tiada kematian atau kecedraan serius terjadi.

Ianya juga merupakan satu pengajaran kepada penganjur perhimpunan haram BERSIH bahawa “ANDALAH SEBENARNYA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT. Bahawa ANDA BUKAN PEMBELA TETAPI MENJADI PENCETUS DAN PUNCA KEPADA KESUSAHAN RAKYAT”.

No comments: