Jikalau tohmahan terhadap Anwar hanya berupa khabar angin sahaja atau nampak semacam satu dua rekaan kejadian sahaja, maka bolehlah dikatakan bahawa tohmahan tersebut adalah satu fitnah. Namun kini telah nyata bahawa tohmahan tersebut diiringi dengan saksi manusia, saksi video, mangsa sodomi, pendapat pakar, cabaran sumpah laknat, cabaran poligraf, bukti jam tangan dan reaksi Anwar yang menggelabah dan tak rasional. Adakah ini belum lagi mencukupi bagi manusia biasa yang waras agar meminta Anwar memberi respon, jawapan serta alibi yang munasabah supaya tohmahan yang dibuat terhadap Anwar hanya merupakan fitnah semata-mata. Itu belum lagi masuk bab bukti DNA. Apakah urutan ini semua masih belum dapat membuka minda penyokong tegarnya bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan Anwar. Adakah dia benar-benar bersih hingga memainkan peranan dalam perhimpunan haram BERSIH?. Siapa yang perlu dibersihkan?. Adakah pihak kerajaan atau Anwar sendiri yang perlu dibersihkan?.
Saya boleh besetuju jika dikalangan kita ada presepsi masing-masing bila memilih dan menyokong individu sebagai pemimpin mereka. Tetapi saya tidak dapat menerima akan rasionalnya apabila ada sebahagian kita dengan membabibuta memilih individu yang begitu rendah moralnya menjadi pemimpin. Jika nak dikatakan mereka tidak tahu adalah amat mustahil sekali. Sekurang-kurangnya mereka ada mendengar khabarnya dari kawan-kawan atau pihak ketiga. Jika sudah mendengar khabar demikian, tidak adakah sedetik dihati untuk mengetahui dan menyisat kebenarannya?.
Nah! hujah dan bukti untuk mendapat kebenaran tertera di video clip yang diuploadkan oleh papagomo dalam youtube seperti diatas.
Terima kasih kerana uploadkan suntingan video clip seperti diatas.
No comments:
Post a Comment