Perjuangan PAS yang menentang UMNO pada mulanya atas tajuk UMNO tidak mahu melaksanakan hukum Islam kini telah bertukar kepada PAS mengikut telunjuk DAP bagi memusnahkan Islam serta keteguhan kuasa Melayu. Tugas DAP menjadi bertambah mudah bila Anwar Ibrahim dikeluarkan dari jawatan nombor dua dalam kerajaan UMNO/BN kerana salah laku sex. Anwar yang petah berpidato dan pakar manipulasi serta pembohongan terpaksa patuh kepada DAP bagi mendapat bantuan hayat perjuangan politiknya. Jika tidak disokong DAP dan PAS, tentu Anwar sudah lingkup sekarang. Maka jadilah dua pertubuhan politik yang diketuai oleh Melayu/Islam (PAS dan PKR) kuda tunggangan DAP untuk memerintah atau menjadi tuan kepada orang Melayu/Islam.
Melayu masih ada masa membetulkan keadaan. Namun jika PAS dan PKR berterusan seperti sekarang maka jangan mimpi Melayu/Islam menjadi dominan di Malaysia. Seperti kata pepatah:-
"KALAH JADI ABU..MENANG JADI ARANG".
Yang betul-betul akan menang pada akhirnya adalah musuh-musuh Islam yang akan menindas Melayu/Islam dinegara yang didominasikan oleh orang Melayu/Islam..Alangkah malangnya dan hinanya nasib orang Melayu Islam di Malaysia kerana dicaturkan oleh pemimpin pembangkang Melayu (PAS/PKR) yang singkat akal dan berkepentingan diri. Manakala pengikutnya yang buta hati, kerana dengan sedikit upah sanggup berlakun mati bagi berjuang untuk orang kafir, penzina, peliwat, pembohong dan penipu. Tidak terfikirkah apa akan jadi kepada anak cucunya dimasa akan datang. Apakah orang Melayu/Islam di Malaysia dapatkah menerima apa yang berlaku kepada orang Melayu/Islam di Singapura sekarang?.
No comments:
Post a Comment