Total Pageviews

Thursday, July 21, 2011

MAT SABU JUAL KEPALA LUTUT MENIPU RAKYAT DAN MEMFITNAH PDRM

  

Video diuploadkan oleh minaqjinggo

Raja maki hamun ini kini dia dah masuk bab raja putar alam pula. Selepas perhimpunan HARAM BERSIH tempoh hari sehingga ke hari ini Mat Sabu jaja kepala lututnya kononnya cedera teruk dirempuh oleh polis. Dia membuat dakwaan tanpa bukti dan menyangka polis begitu bodoh buat sesuatu tanpa mengikut peraturan. Jika mana-mana orang berhimpun  secara haram maka Polis berhak di sisi undang-undang menyuraikannya dengan apa cara sekali pun. Mana-mana orang yang mengambil bahagian berhimpun secara haram dan bila telah diberi amaran bersurai tetapi ingkar maka mengikut undang-undang maka boleh ditahan tanpa waran. Itulah yang dilakukan oleh polis iaitu mengekori Mat Sabu untuk menahannya kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram tetapi Mat Sabu melarikan diri dengan membuat pusingan 'U' lalu terlanggar bahu jalan dan jatuh. Polis tidak lanyak dengan Pajero sebaliknya membantu membawanya ke hospital. 
Beginikah sahaja rupa seorang yang dikatakan dirempuh oleh L/Rover Polis? Mana kesan parut, mana lutut bersimen dan laporan doktor serta gambar x-ray yang membuktikan dirinya dah patah riuk kerana dilanyak oleh L/Rover polis Malaysia yang dijajakan di seluruh dunia?

Jikalau polis lanyak dengan L/Rover, jangankan hendak duduk atas wheelchair, bergerakpun tak boleh kerana satu badan kena POP (simen) dan termasuk mulut pun kena balut. Sekurang-kurangnya 6 minggu baru boleh buka POP dan kena fisiotrafi pula selama dua tiga minggu lagi. Tapi itulah perangai kaki kelentong. Baru beberapa hari dah muncul dikhalayak ramai jaja kepala lutut. Buat muka sedih. Mengapa tak tunjuk kepala lutut yang bersimen tu. 

Jatuh sendiri kerana tergopoh gapah melarikan diri dari polis dan tercedera, dituduhnya polis rempuh dengan L/Rover. Mengikut lapuran doktor pula bahawa tidak ada retak atau patah melalui imbasan x-ray. Mungkin melecet dan salah urat sahaja. Tapi lakunan nglahkan patah seribu.

Tak tahulah apa hukumnya jika berbohong sehingga ke tahap ini. Sebagai seorang Islam, berpada-padalah. Jangan terlampau berbohong, mencaci hamun, memfirtnah dan menghina orang kerana itu termasuk dalam dosa besar. Ini bukan perkara kecil. Ini hal negara.

Terima kasih minaqjinggo

1 comment:

Bilik Gerakan BNLG said...

walaupun berlatarbelakangkan agama tetapi kalau dah penipu mmg begitulah. asyik nak memburukkan pihak polis dan kerajaan. kalaulah mereka memerintah negara ini tak taulah apa akan terjadi, rakyat akan sentiasa tertipulah.