Total Pageviews

Monday, May 2, 2011

BENARKAH OSAMA TELAH TERBUNUH?


Pertamanya .... dengan seikhlasnya aku ingin melafazkan kata-kata takziah Innalillahhhiwainailaihirajiun. Kalau benarlah itu adalah Osama Ben Ladin, maka berakhirlah satu ikon pengganas yang menjadi musuh no. 1 bagi pihak barat dan kepada yang membenci keganasan. Tetapi kematian Osama juga adalah satu tragedi bagi umat Islam kerana umat Islam telah kehilangan seorang pembawa mesej untuk menyatakan bahawa dalam keburukannya, dia telah menyampaikan mesej kepada dunia bahawa jika keadilan tidak berlaku, keganasan tetap akan berlaku. Apakah dengan kematiannya dunia akan bebas dari keganasan?.
Amerika dan sekutunya telah menghabiskan bertrilion dollar berperang dengan keganasan yang kononnya diketuai oleh Osama Ben Ladin dan pemimpin Islam yang lain seperti Saddam Husein, Muamar Gadafi dan lain-lain. Alangkah baiknya jika wang sebanyak itu digunakan untuk membentuk keamanan secara yang lebih adil dan berperikemanusiaan. Dunia hanya mendengar dan memerhatikan sahaja bahawa jika pembunuhan dan kekejaman itu dilakukan oleh Yahudi Israel terhadap umat Islam. Keganasan Yahudi Israel itu bagi mereka bukanlah kekejaman pengganas kerana yang mengganas itu adalah Yahudi Israel. Bagi Amerika dan Barat, pengganas yang sebenar kepada mata mereka dan dunia adalah orang Islam yang menentang keganasan Yahudi Israel.
Adakah yang mati terbunuh itu benar-benar Osama Ben Laden. Padanan gambar diatas langsung tidak boleh dijadikan bukti. Dengan kepala dan muka yang penyet dan riuk, nampaknya bahagian misai kebawah sangat sempurna dan sangat sama dibandingkan dengan gambar asal Osama. Cuma di edit sedikit dibahagian bibir agar menampakkan ciri-ciri orang mati tetapi masih nampak segar dan berisi saling tak tumpah semasa Osama masih hidup. Mankala janggut dan misai serta bentuk mulutnya seperti di copypage sahaja. Amat mustahil dengan perbezaan ayang agak lama antara gambar yang masih hidup dengan kematiannya, hujung misai, gigi dan susunan janggut tidak berubah langsung. Dengan tergesa-gesa mengkebmikan mayat yang merupakan bahan bukti yang sangat penting juga telah membangkitkan tanda tanya dimata dunia. Mengapa begitu gelojohnya sehingga tergesa-gesa menghumbangkan mayat Osama ke laut?. Apa-apapun itu hanya andaian saya sahaja. Semoga jika benarlah itu adalah mayat Osama Ben Laden, maka diharapkan dunia akan berubah menjadi aman dan adil seperti tanggapan barat dan Amerika. Bagi rakyat Malaysia, Osama Ben Laden version Malaysia mungkin akan muncul jika berlaku ketidak adilan dan rampasan dari yang berhak. Jadi sama-samalah kita menjaga keamanan kita kerana jika berlaku keganasan, semua pihak akan menerima bahananya.

1 comment:

zahari1950 said...

Pada 3 Mei 2011 berita mengesahkan bahawa gambar yg tertera diatas adalah palsu atau telah disuperimpose. Gambar muka Osama beberapa tahun lalu dari hidung ke bawah di copy dan dieditkan diatas muka mayat dipercayai pejuang Al-Qaeda yang mati dibunuh pada masa lalu. AS mendakwa mereka telah membunuh Osama Ben Ladin tetapi belum dapat membuat penguman sepenuhnya kerana masih dalam peringkat perbincangan.